TINDAKAN Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob yang cuba mengumpul sokongan bagi dilantik Perdana Menteri sekaligus mempertahan kerajaan 'gagal' Perikatan Nasional (PN) dikritik.
Pengarah komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam kenyataan berasingan, menyifatkan tindakan itu sebahagian langkah terdesak setelah kerajaan itu didakwa menderhaka kepada titah Agong, termasuk enggan membenarkan ordinan-ordinan darurat dibahas di Parlimen
“KEADILAN berpandangan adalah perkara yang akan membinasakan dan menyedihkan seluruh rakyat sekiranya anggota-anggota daripada kabinet kerajaan yang nyata telah gagal dan tidak berfungsi ini diberikan peluang sekali lagi untuk menerajui negara sekaligus menyambung kehancuran dan porak-peranda di dalam negara sekarang,” kata Shamsul.
Semalam, Ismail dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin PN di sebuah hotel, ia dipercayai bagi mengumpul Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokongnya sebagai perdana menteri yang baru.
Selain itu, dia juga dilapor bertemu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menagih sokongan serupa.
Kedua-dua pihak difahamkan sehingga kini belum lagi memberikan pengiktirafan kepada pencalonan Ismail itu.
Manakala, Free Malaysia Today (FMT) berdasarkan sumber berkata, PAS menolak Ismail sebagai pilihan bagi jawatan perdana menteri
Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pencalonan Ismail sukar diterima akal susulan beliau antara menteri yang turut bertanggungjawab atas kegagalan dasar kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
“Ini termasuklah 'total lockdown' separuh masak, SOP yang dikuatkuasa secara ‘antara dua darjat’, dan kelewatan pemberian vaksin sehingga kita saksikan natijahnya setiap hari dengan jumlah kematian yang begitu tinggi.
“Oleh itu, mereka yang menyokong seorang ahli parlimen seperti Ismail hanya menyokong kegagalan PN diteruskan,” katanya.
Kedua-dua mereka bersetuju bahawa untuk membawa Malaysia keluar dari ketidaktentuan, kepemimpinan baru untuk mentadbir negara wajar diangkat bagi mengantikan kerajaan PN yang dianggap gagal itu.
“Malaysia perlukan tenaga baru, konfigurasi kepimpinan baru, malah mungkin juga sebuah jajaran baru untuk memastikan kita mampu menyelesaikan masalah pandemik dan kebajikan rakyat secara menyeluruh dan bersama,” kata Fahmi.
"KEADILAN sangat faham dan mengerti dengan situasi kritikal yang melanda rakyat dan negara serta ingin memberi ingatan bahawa rakyat kini sangat terdesak untuk mengimpikan serta melihat satu kerajaan dan pimpinan baharu bagi memulihkan keyakinan mereka bahawa Malaysia mampu keluar dari wabak pandemik serta kemelut ekonomi yang tidak berkesudahan ini,” kata Shamsul pula.
Pengarah komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam kenyataan berasingan, menyifatkan tindakan itu sebahagian langkah terdesak setelah kerajaan itu didakwa menderhaka kepada titah Agong, termasuk enggan membenarkan ordinan-ordinan darurat dibahas di Parlimen
“KEADILAN berpandangan adalah perkara yang akan membinasakan dan menyedihkan seluruh rakyat sekiranya anggota-anggota daripada kabinet kerajaan yang nyata telah gagal dan tidak berfungsi ini diberikan peluang sekali lagi untuk menerajui negara sekaligus menyambung kehancuran dan porak-peranda di dalam negara sekarang,” kata Shamsul.
Semalam, Ismail dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin PN di sebuah hotel, ia dipercayai bagi mengumpul Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokongnya sebagai perdana menteri yang baru.
Selain itu, dia juga dilapor bertemu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohammad bagi menagih sokongan serupa.
Kedua-dua pihak difahamkan sehingga kini belum lagi memberikan pengiktirafan kepada pencalonan Ismail itu.
Manakala, Free Malaysia Today (FMT) berdasarkan sumber berkata, PAS menolak Ismail sebagai pilihan bagi jawatan perdana menteri
Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pencalonan Ismail sukar diterima akal susulan beliau antara menteri yang turut bertanggungjawab atas kegagalan dasar kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
“Ini termasuklah 'total lockdown' separuh masak, SOP yang dikuatkuasa secara ‘antara dua darjat’, dan kelewatan pemberian vaksin sehingga kita saksikan natijahnya setiap hari dengan jumlah kematian yang begitu tinggi.
“Oleh itu, mereka yang menyokong seorang ahli parlimen seperti Ismail hanya menyokong kegagalan PN diteruskan,” katanya.
![]() |
Tindakan Ismail cuba ambil alih jawatan dikritik |

0 Comments