Moratorium: Bank digesa kecualikan bayaran faedah pinjaman


BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa supaya institusi perbankan di negara ini mengecualikan bayaran faedah dalam tempoh moratorium pinjaman.

Melalui satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP itu berkata, bank yang memperoleh keuntungan besar akhir-akhir ini sepatutnya berkongsi nasib baik mereka dengan pelanggan.

Tindakan mengaut keuntungan daripada peminjam yang mengalami kesulitan ketika pendemik Covid-19 tegasnya bukan cara “Keluarga Malaysia” seperti yang dianjurkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Industri perbankan dijangka menambah keuntungan mereka secara ketara tahun ini berbanding 2019, seperti yang ditunjukkan oleh keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2021 (yang) meningkat dua kali ganda kepada RM1.96 bilion daripada RM941.73 juta tahun lalu.

“Maybank mencatatkan keuntungan bersih RM2.39 bilion pada suku pertama 2021 berbanding RM2.05 bilion tahun lalu,” katanya.

Guan Eng menjangkakan industri perbankan mencatat keuntungan bakal mencatat keuntungan lagi pada separuh pertama tahun ini

Pada 2019, industri itu mencatat keuntungan RM32.3 bilion selepas cukai dan lebih RM23 bilion pada 2020 walaupun dengan kemelesetan ekonomi.

Bank digesa bantu golongan terjejas


Public Bank pula baru-baru ini melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM1.38 bilion bagi suku kedua tahun ini berbanding RM1 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama pada 2020.


Justeru tegasnya, ketika ramai kecundang akibat impak wabak Covid-19, “pemenang” seperti bank-bank perlu membantu rakyat  yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan, selain mereka yang sedang berusaha mencari kerja dan meneruskan kehidupan.
 

Post a Comment

0 Comments