Merdeka bukan sekadar halau penjajah, kata Anwar


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa erti sebenar kemerdekaan bermaksud menghapuskan cara pemerintahan kolonial bukan sekadar menggantikan mereka.

Melalui ucapan sempena Hari Kemerdekaan ke-64 yang disambut hari ini, Anwar berkata bahawa para pemimpin negara harus memastikan bahawa mereka tidak meneruskan amalan menjarah negara dan menindas rakyat seperti dilakukan oleh penjajah.

"Kemerdekaan itu bukan bererti semata-mata menganti pimpinan Inggeris kepada rakyat Malaysia termasuk pribumi. Tokohnya berganti, amalannya juga harus berubah.

"Amalan keangkuhan, rompakan kekayaan negara, penindasan rakyat, penafian kebebasan dan lebih penting kesaksamaan dan kesamarataan peluang ekonomi kepada semua rakyat kita.

"Ini harus kita nilai pada hari kita sambut hari merdeka," kata Ketua Pembangkang itu dalam ucapannya.

Mengulas lanjut, Anwar turut menggesa rakyat menilai apakah mereka benar-benar telah mencapai kebebasan.

Apakah rakyat benar-benar merdeka?
"Apakah kita melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak menggondolkan kekayaan, memungguh khazanah negara untuk kepentingan mereka, keluarga mereka.

"Apakah kemerdekaan ini beri jaminan pengagihan eknomi yang adil kepada rakyat terutamnya golongan petani, nelayan peneroka dan pekerja yang menjadi benteng terkuat dlm perjuangan ini," katanya dalam ucapan itu yang dikongsikan di semua platform media sosial Anwar malam tadi.

Post a Comment

0 Comments