KUMPULAN mewakili golongan doktor kontrak mendakwa sehingga hari ini, tuntutan pelantikan tetap membabitkan golongan itu masih belum diselesaikan.
Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, masih belum ada rancangan yang tepat oleh kerajaan, dan nasib kira-kira 8,000 doktor kontrak masih tetap suram walaupun sebelum ini menteri kesihatan dalam pentadbiran lalu, Adham Babar berjanji menyelesaikan masalah tersebut.
Susulan itu mereka menggesa kerajaan Ismail Sabri Yaakob dapat mencari jalan penyelesaian yang baik segera demi doktor kontrak dan sistem penjagaan kesihatan negara amnya.
“Kami juga berharap agar sebarang perbincangan mengenai masa depan doktor kontrak akan melibatkan pihak berkepentingan utama dalam isu ini.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua barisan hadapan yang telah banyak berkorban dalam pertempuran melawan pandemim Covid-19 dan kami berharap agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan tidak lama lagi kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran ini,” katanya dipetik.
Pada Julai lalu ribuan doktor kontra mengadakan hartal secara serentak seluruh negara.
Mereka menggesa kerajaan melunaskan dua perkara iaitu menerima doktor kontrak sebagai pegawai tetap dan diberi peluang melanjutkan pelajaran.
Hartal itu diadakan ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa sebagai gagal, susulan pendemik Covid-19 yang semakin memburuk dan hilang kepercayaan ramai terhadap kemampuan kerajaan dibentuk melalui 'Langkah Sheraton' itu dalam menangani pendemik.
Pendemik itu juga meletakkan golongan doktor kontrak yang berkhidmat sebagai petugas baris depan berada dalam kelesuaan terutama apabila mereka tidak mendapat manfaat sewajarnya seperti dinikmati doktor lantikan tetap.
Adham yang kini dilantik semula sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dibawah pentadbiran Ismail ketika itu berjanji akan mengambil langkah ekstrem untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk melanjutkan tempoh perkhidmatan dua tahun lagi dan kenaikan gred setara dengan kakitangan tetap.
![]() |
Gesa penyelesaian segera dicapai |
Bekas Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya mahu kerajaan mengikut permohonan doktor kontrak agar tempoh kontrak yang dibangkitkan oleh mereka dilanjutkan dalam jangka masa lapan hingga sepuluh tahun.
0 Comments