Krisis dalam PN hukuman terhadap pengkhianatan, kata Mat Sabu

 


KRISIS politik yang dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Mahiaddin Md Yassin disifatkan sebagai hukuman terhadap pengkhianatannya sebelum ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Presiden Bersatu itu adalah seorang watak dalam pengkhianatan terhadap keputusan PRU14 lalu, sekali gus mencatat episod hitam dalam sejarah demokrasi negara.

"Pada Februari 2020, satu episod hitam telah tercatat dalam sejarah demokrasi negara. Sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya telah dijatuhkan melalui pengkhianatan wakil-wakil rakyat yang melompat parti.

“Ini bukan sahaja sesuatu yang malang malah sesuatu yang sial. Kini, kerajaan yang diakui mereka sendiri dibentuk secara 'tebuk atap' dengan mencuri mandat rakyat ini bakal rebah. Ia ternyata bukan sebuah kerajaan yang stabil malah ia adalah sebuah kerajaan yang gagal," katanya.

Mahiaddin dan seluruh kabinetnya meletak jawatan mereka hari ini. Walau bagaimanapun, Yang dipertuan Agong berkenan supaya Mahiaddin menjadi perdana menteri sementara sementara seorang Ahli Dewan dilantik menggantikannya.

Sementara itu, Mohammad yang juga bekas Menteri Pertahanan menambah, pengkhianatan Mahiaddin bersama rakan-rakannya menyebabkan jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia melalui pilihan raya.

"Kini beliau terhukum oleh pengkhianatannya yang dahulu. Sejarah akan merakamkan bahawa beliau adalah seorang perdana menteri yang gagal, mencuri mandat dari rakyat Malaysia.

 PN bukan kerajaan stabil
"This is the biggest evil. Jika dalam peperangan, sejarah menukilkan bahawa pengkhianat biasanya dihukum bunuh.

"Ini kerana pengkhianatan mereka merosakkan sistem demokrasi. Pengkhianatan atau mencuri mandat rakyat di tengah jalan seperti yang dilakukan ini tidak boleh dibiarkan," ujar bekas timbalan presiden PAS itu lagi.

Post a Comment

0 Comments