Amanah hantar usul minta Azhar kosongkan jawatan


SEBELAS Ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menghantar usul bagi meminta Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun, mengosongkan jawatannya.

Presiden parti itu, Mohamad Sabu melalui satu kenyataan yang disiarkan semalam berkata usul tersebut telah dihantar bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul ini dibuat katanya atas alasan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sepanjang sidang khas pada 26 Julai 2021 hingga 29 Julai 2021 adalah bercanggah dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu katanya, tindakan Azhar Azizan juga membelakangkan dan menafikan fungsi Raja Berperlembagaan dalam konteks prinsip asas sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
 
"Kami telah menghantar usul pada hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menggesa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan @ Harun mengosongkan jawatannya.

“Kami juga mencadangkan pencalonan Tan Sri Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik semula menjadi Yang diPertua Dewan Rakyat,” katanya.

Usul gesa Azhar kosongkan jawatan dihantar
Sebagai rekod, Azhar dilantik menggantikan bekas hakim kanan di Mahkamah Rayuan, Mohamad Arif Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat dalam proses yang kontroversi.

Pembangkang sebelum in juga membantah sidang khas parlimen yang dianggap diadakan secara tidak serius, malah ditamatkan lebih awal atas alasan wujudnya ancaman Covid-19.

Post a Comment

0 Comments