AHLI PARLIMEN Rembau, Khairy Jamaludin mengesahkan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhannya termasuk Mahiaddin Md Yasin telah meletakkan jawatan.
Menerusi Instagramnya pagi ini, Khairy memuat naik status “Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang Dipertuan Agong.
“Terima kasih kepada peluang yang diberikan, sekali lagi, kepada negara. Semoga Tuhan memberkati Malaysia,” kata Khairy dalam kenyataan itu.
Terdahulu pagi ini, Mahiaddin yang berdepan tekanan agar meletakkan jawatan mengadakan mesyuarat khas kabinet di Perdana Putra pada 8.07 pagi tadi.
Dia kemudiannya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi menyerahkan surat perletakan jawatan seluruh kabinet dikepalainya.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Ampang, Nor Hizwan Ahmad memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
![]() |
Kerajaan Mahiaddin memerintah kurang 18 bulan |
Mahiaddin dijangka akan membuat perutusan terakhirnya melalui siaran langsung di televisyen pada jam 3 petang hari ini, kata sumber.
0 Comments