KETUA Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN), Shazni Munir Mohd Ithnin dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Shazni disahkan positif Covid-19 awal minggu ini difahamkan berada dalam Kategori 4, iaitu menghidap radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.
Perkembangan terkini itu dinyatakan Setiausaha Pemuda Amanah, Asim Abdullah Ainullotfi seperti dilapor media petang tadi.
“Kami mohon doa dan sokongan daripada semua agar kondisi beliau segera pulih. Dalam masa sama, bagi meringankan bantuan keluarga beliau berhadapan ujian ini, mana-mana sahabat yang ingin membantu boleh disalurkan bantuan terus kepada isteri beliau,” katanya dalam catatan Facebook.
Menurut Asim Abdullah lagi, isteri dan anak Shazni turut disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang dikuarantin di rumah, sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa kesihatan.
![]() |
Orang ramai diajak berdoa kesembuhan Shazni |
Isnin lalu, Shazni mengumumkan dirinya positif Covid-19 selepas mengalami demam panas dan sakit di seluruh badan.
0 Comments