PERTUKARAN tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dilakukan segera, kata Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani.
Melalui sesi sembang di laman Twitter bertajuk “Rakyat Gagal? Kerajaan Berjaya?”, Bekas Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu berkata, jika pertukaran pentadbiran sedia ada terus dilengahkan, dikhuatiri makin ramai rakyat merana akibat hilang pekerjaan.
Abdullah Sani turut bimbang kes kematian akibat Covid-19 juga akan terus bertambah.
“Kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini bukan mandat rakyat, jadi kita perlu segera kembalikan mandat rakyat.
"Perubahan ini tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita, hilang kerja dan yang terkorban juga semakin ramai.
“Syarikat antarabangsa juga memberi amaran tidak berupaya bertahan dalam sistem dan kerajaan pada hari ini. Ini perlu segera dilakukan berdasarkan kuasa-kuasa yang dibenarkan dalam Perlembagaan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kepimpinan Muhyiddin Yassin jelas gagal mempersembahkan penyelesaian segera terhadap krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi negara.
Sebaliknya kerajaan dikepalai Ahli Parlimen Pagoh itu jelasnya terus dalam “dunia” penafian.
“Jika kita nak tunggu pilihan raya umum baru nak tukar kerajaan, makin rosak negara, makin ramai rakyat kena Covid-19 dan ramai akan terkorban. PN jelas tidak berupaya menyegerakan penyelesaian.
“Sebab itu kita tidak ada pilihan, jika kita nak perkasakan sektor pekerjaan, bawa masuk pelaburan asing, kita kena tukar kerajaan,” katanya lagi.
Sementara itu bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman turut senada dengan Abdullah berkata, pengganti Muhyiddin tidak boleh datang dari “sarang” yang sama.
Sekiranya pengganti itu datangd ari 'sarang' sama. dikhuatiri kebobrokan yang wujud pada hari ini akan terus berlaku.
“Ia mesti datang dari bentuk kepemimpinan baharu yang ada visi dan misi jelas yang boleh bawa negara keluar daripada masalah pandemik ini. Ini perlu disegerakan,” katanya dipetik.
Melalui sesi sembang di laman Twitter bertajuk “Rakyat Gagal? Kerajaan Berjaya?”, Bekas Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu berkata, jika pertukaran pentadbiran sedia ada terus dilengahkan, dikhuatiri makin ramai rakyat merana akibat hilang pekerjaan.
Abdullah Sani turut bimbang kes kematian akibat Covid-19 juga akan terus bertambah.
“Kepemimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini bukan mandat rakyat, jadi kita perlu segera kembalikan mandat rakyat.
"Perubahan ini tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita, hilang kerja dan yang terkorban juga semakin ramai.
“Syarikat antarabangsa juga memberi amaran tidak berupaya bertahan dalam sistem dan kerajaan pada hari ini. Ini perlu segera dilakukan berdasarkan kuasa-kuasa yang dibenarkan dalam Perlembagaan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kepimpinan Muhyiddin Yassin jelas gagal mempersembahkan penyelesaian segera terhadap krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi negara.
Sebaliknya kerajaan dikepalai Ahli Parlimen Pagoh itu jelasnya terus dalam “dunia” penafian.
“Jika kita nak tunggu pilihan raya umum baru nak tukar kerajaan, makin rosak negara, makin ramai rakyat kena Covid-19 dan ramai akan terkorban. PN jelas tidak berupaya menyegerakan penyelesaian.
“Sebab itu kita tidak ada pilihan, jika kita nak perkasakan sektor pekerjaan, bawa masuk pelaburan asing, kita kena tukar kerajaan,” katanya lagi.
![]() |
Jangan tukar pemimpin dari 'sarang' sama |

0 Comments