SEORANG suri rumah menzahirkan rasa syukur apabila fitnah ke atasnya akhirnya terjawab.
Perkara itu dinyatakan Nini Siron, individu yang merakan video Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 apabila dilihat berada di sebuah pusat pameran kereta bersama tiga individu lain di sebuah pusat pameran kereta bulan lepas.
“Syukur…Setelah lebih 40 hari, segalanya telah terjawab. Menurut beberapa laporan di media sosial tentang kes langgar SOP MB Kedah, akhirnya arahan untuk kompaun telah dikeluarkan.
“Banyak pihak telah menuduh saya membuat fitnah. Mereka melabel saya sebagai RBA, menggelar saya sebagai anjing parti politik tertentu, mencela dengan kata-kata lucah dan jijik, mengaibkan saya, memaki hamun suami serta adik kakak saya.
“Sebagai orang besar, mereka lantang menyindir saya. Saya diserang secara peribadi juga. Hebat! Tidakkah mereka rasa berdosa atau adakah mereka terkecuali daripada dosa?
“Adakah mereka yang bertanggungjawab akan memohon maaf kepada saya?
“Anda tahu anda siapa,” tulisnya di Facebook.
Nini sebelum ini difitnah dan dibuli oleh penyokong Sanusi, beliau turut digelar orang suruhan parti politik tertentu.
Malah gambarnya serta keluarga termasuk anak lelakinya juga disebarkan di media sosial bagi tujuan untuk menakut-nakutkannya.
Nini, 36, kemudian membuat laporan polis terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Sementara itu Nini turut mengucapkan penghargaan kepada pihak polis kerana memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa undang-undang adalah harapan rakyat.
“Saya semata-mata melakukan apa yang saya rasakan perlu sebagai rakyat biasa,” katanya.
![]() |
Nini tuntut pemfitnah minta maaf |
Kompaun itu akan dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang bulan lepas.
0 Comments