MAJLIS PEGUAM Malaysia mendesak supaya pihak polis tidak menyekat cadangan kakitangan perubatan dan doktor yang bercadang untuk memakai baju hitam bagi membantah layanan yang diberikan kepada para doktor kontrak.
Presidennya, A G Kalidas ketika mengulas laporan bahawa berlaku tindakan oleh polis menyiasat mereka yang terlibat dengan kempen Code Black and Black Monday menegaskan bahawa perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku.
Tegasnya lagi, Majlis Peguam menyifatkan tindakan itu akan melanggar hak asasi manusia yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara ini.
“Majlis Peguam Malaysia sentiasa menyokong kebebasan bersuara dan kebebasan berekspresi yang menjadi komponen asas kepada sistem demokrasi,” kata Kalidas dalam satu kenyataannya.
Mulai Isnin 1 Julai lalu, orang ramai digalakkan memakai baju hitam apabila ke pejabat dan menukar status dalam media sosial sebagai satu solidariti kepada nasib yang dialami oleh doktor kontrak di negara ini.
Inisiatif itu yang dianjurkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Bahagian berkaitan pelatih, pegawai dan pakar perubatan (Schomos), menggalakkan orang ramai menukar gambar profil dalam media sosial mereka kepada hitam putih atau satu warna mulai 1 Julai hingga 12 Julai lalu.
![]() |
Gangguan tersebut dianggap langgar hak asasi |
ia susulan laporan media bahawa pihak polis bakal menjalankan siasatan terhadap seorang doktor gigi berhubung klip rakaman video mengenai kempen 'Code Black'.
0 Comments