Ahli Parlimen tak dibayar hadir ke Dewan hanya untuk angguk - Anwar


KETUA PEMBANGKANG
, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengutuskan sepucuk surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung sidang Parlimen yang bakal diadakan pada 26 Julai ini.

Melalui satu kenyataan medianya, Anwar memberitahu bahawa surat diutus kepada Azhar Azizan Harun itu adalah bagi  memastikan ruang perbahasan dibuka seluas-luasnya kepada ahli-ahli Parlimen sewaktu sidang itu nanti.

Tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu lagi, perkara tersebut mustahak bagi membincangkan hal mendesak ketika negara berdepan keadaan sangat mencabar dan rumit.

"Ingin ditekankan, keberkesanan pelaksanaan program kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19 hanya akan dapat diketahui dan ditambah baik apabila Ahli Parlimen diberi ruang menyuarakan cadangan serta pandangan ketika perbahasan," katanya kenyataan itu.

Sebelum ini beberapa Ahli Parlimen mempersoalkan istilah “mesyuarat khas” yang digunakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika mengumumkan pembukaan Dewan Rakyat.

Sebilangan mereka menyatakan rasa hairan pada kenyataan yang tidak menyebut perbahasan dewan selain bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara.

Anwar gesa perbahasan dibenarkan
Sementara itu tambah Anwar, peranan semak imbang Dewan Rakyat mesti dimartabatkan dan bukan disekat.

Katanya, Ahli Parlimen tidak dibayar untuk hadir mengangguk dan mengiyakan semua perkara tanpa perbahasan yang tuntas serta terperinci.

Post a Comment

0 Comments