TINDAKAN Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz ke luar negara ketika rakyat berdepan pendemik Covid-19 disifatkan sebagai keterlaluan.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Padang Rengas menyifatkan menyifatkan tindakan Nazri sebagai tindakan yang tidak sensitif dan tidak bertangunggjawab.
"Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis untuk melawan pandemik dengan pelbagai masalah berkaitan bantuan asas, pengangguran, kos sara hidup, capaian internet untuk pembelajaran dalam talian, masalah kekurangan peranti dan sebagainya, wakil rakyat ini telah memilih untuk meninggalkan rakyat yang sedang menderita terutamanya di kawasan Padang Rengas.
"Adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan hampa melihat gelagat wakil rakyat yang tidak sensitif dengan keadaan semasa tatkala rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian," kata Naib Ketua KEADILAN Cabang Padang Rengas, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam kenyataan pada Khamis.
Tambahnya lagi, ketika kes jangkitan harian dan kematian Covid-19 terus mencatatkan angka tinggi, wakil rakyat seharusnya menumpukan perhatian terhadap kelompok masyarakat yang terkesan terutama di kawasan Parlimen diwakili.
Muhamad Kamil sebelumnya merujuk laporan media yang mendakwa Mohamed Nazri berada di luar negara bagi mendaftarkan persekolahan anaknya.
Orang ramai mula mempertikaikan tindakan wakil rakyat itu yang telah
membawa isteri serta anaknya berusia lima tahun ke Perancis dan mula
memuat naik gambar mereka seperti sedang bercuti yang dilihat seperti
tidak sensitif dengan keadaan semasa di Malaysia.
Nazri kemudian menerusi laman instagram milik isterinya dilapor media sebagai berkata, beliau telah dipilih oleh penduduk di Padang Rengas sejak tahun 1995 dan sejak itu, beliau terus mengungguli kawasan itu selama enam penggal.
Tambahnya, orang ramai tidak perlu mengajar beliau cara berkhidmat
untuk penduduk Padang Rengas dan tidak kisah tentang rakyat Malaysia di
kawasan lain.
Sebagai rekod, Nazri bukan Ahli Parlimen pertama berbuat demikian, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar dilapor 'bercuti' di New Zealand untuk bersama keluarganya bagi tempoh panjang ketika pendemik.
![]() |
Nazri Aziz disifatkan tak sensetif masalah rakyat |
Jelasnya, dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kepimpinan yang parah ketika ini, wakil-wakil rakyat tidak seharusnya menunjukkan sikap sombong dan angkuh.
0 Comments