Dakwaan HARAPAN buat perjanjian dengan PN cuma propaganda


DAKWAAN kononnya Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Mahiaddin Md Yassin hanya helah bagi menyelamatkan kerajaan sekarang.

Pandangan itu disuarakan  Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasuition Ismail susulan beberapa audio yang tular mendakwa ada perjanjian kepercayaan dan belanjawan (CSA) dicapai di antara PN dan pembangkang menjelang pembukaan parlimen hujung bulan ini.

Dipetik laporan Malaysiakini, Saifuddin menegaskan bahawa dakwaan itu sengaja dicanang pihak tertentu demi mengimbangi pendirian semasa Umno terhadap PN.

Laporan itu menyatakan antara pemimpin yang membuat dakwaan itu ialah bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia, Tajuddin Abdul Rahman. Terbaru tular pula rakaman audio yang 'dibocorkan' didakwa dibuat Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

sebagai rekod, kedua-dua individu itu dilihat cenderung kepada kerajaan PN. Sebelum rakaman itu ditularkan, Umno melalui Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi pada 7 julai lalu mengumumkan parti itu menarik semula sokongan terhadap PN berkuatkuas serta merta.
 
"HARAPAN menganggap ini percubaan Ismail untuk menghalang atau mematikan langkah yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin," kata Saifuddin Nasution dengan menegaskan bahawa HARAPAN tidak membuat apa-apa bentuk persefahaman CSA dengan PN.

CSA merupakan kesepakatan atau konsensus bahawa ahli parlimen pembangkang tidak menolak belanjawan kerajaan dan tidak mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan.

Sebagai balasan, perdana menteri yang juga presiden Bersatu perlu memberi peluang dan akses kepada pembangkang mencadangkan sesuatu dasar.

Saifuddin nafi dakwaan ada perjanjian dengan PN
Presiden Bersatu itu kini sedang berdepan dengan tanda tanya mengenai tahap sokongan yang diterimanya daripada ahli parlimen bagi melayakkan dia kekal sebagai perdana menteri.

Umno yang kini mempunyai 36 ahli parlimen di Dewan. Setakat ini tidak dapat dipastikan bagaimana kedudukan atau pendirian ahli parlimen Umno yang tidak menyertai kabinet Muhyiddin.
 

Post a Comment

0 Comments