KEPUTUSAN kerajaan pusat membenarkan kilang di Negeri Sembilan beroperasi tanpa kawalan sewajarnya ketika kes Covid-19 mendadak umpama ‘mengikat tangan dan kaki’ kerajaan negeri dalam perang melawan wabak.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dalam satu hantaran di laman mikro Twitternya berkata, kerajaan negeri berusaha sebaiknya melindungi rakyat itu daripada Covid-19, namun kerajaan pusat dikepalai Mahiaddin Md Yasin dakwanya telah mengkhianati amanah menjaga rakyat.
Jesteru kerajaan persekutuan katanya perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Negeri Sembilan.
“Kerajaan Negeri Sembilan akan berusaha sedayanya melindungi rakyat namun kerajaan persekutuan dengan kuasa Ordinan Darurat sebenarnya ‘membunuh rakyat’,” kata Aminuddin yang juga adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan.
Sementara itu dipetik laporan FMT, Aminuddin yang ditanya pengguna laman itu berhubung apakah ada tindakan diambil kerajaan negeri, Aminuddin memaklumkan keputusan untuk membuka atau menutup premis perniagaan dan kilang sebenarnya ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Namun beliu memberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan supaya kilang yang melaporkan kes positif ditutup selama 14 hari bagi mengawal penularan dalam industri di negeri itu pada 30 Jun lalu.
“Pihak berkuasa tempatan pula hanya berperanan membantu agensi kerajaan persekutuan dan tidak mempunyai bidang kuasa untuk menutup kilang,” katanya.
Sebagai rekod, isu sama sebelum ini pernah berbangkit di Selangor apabila kerajaan negeri dipersoalkan mengapa tidak menggunakan kuasanya untuk menutup kilang yang beroperasi.
Ng Sze Han yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor kemudian tampil menjelaskan bahawa kuasa dimiliki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya meliputi Akta 171, khususnya Seksyen 107(2), iaitu untuk menutup kilang dengan membatalkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT.
Walau bagaimanapun ia tidak membabitkan hal ehwal kesihatan berkaitan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di bawah undang-undang kesihatan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
![]() |
K'jaan negeri lakukan usaha sebaiknya |
Justeru itu katanya, perkara berkait operasi sektor pengilangan bagi tujuan pengawalan Covid-19 adalah tertakluk kepada Akta 342 dan apa-apa Pengendalian Piawai PKP/PKPB/PKPD yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
0 Comments