JAWATANKUASA pemantauan vaksin didesak supaya menjelaskan keputusan kerajaan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata rakyat tidak sepatutnya membayar untuk sesuatu “yang sepatutnya percuma.”
“Bukankah memvaksin populasi satu perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat?” soalnya dalam hantaran di Facebook.
“Bukankah vaksinasi keseluruhan populasi telahpun dihitungkan? Bukankah semua keperluannya dikira dan dirancang, untuk diberikan secara percuma kepada rakyat?” soalnya dalam hantaran tersebut.
Beliau sebelumnya mengulas laporan media bahawa Pharmaniaga Bhd akan menjual vaksin itu kepada negeri dan syarikat swasta yang berminat mulai bulan ini sehingga September depan setelah diberi lampu hijau untuk berbuat demikian oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Dalam pengumuman berhubung perkara itu hari ini, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac itu akan dijual secara terus kepada pihak yang berminat itu telah mendapat kebenaran JKJAV.
![]() |
Rafidah mahu penjelasan rasional jual vaksin |
Sementara itu Rafidah berkata, beliau merasa “pelik” apabila Putrajaya memberi layanan berbeza terhadap rakyat sedangkan sebelum ini telah membuat peruntukan untuk memvaksin penduduk.
Katanya, tidak semua orang mampu memvaksin sebuah keluarga, terutama mereka yang terkesan akibat sekatan pergerakan.
“Bolehkah pengerusi jawatankuasa vaksin menjelaskan perkara ini? Tidak sesiapapun patut mengaut untung daripada vaksin!” tegasnya lagi.
0 Comments