SEBUAH Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengajak orang ramai menyertai 'bantahan jalanan' pada 31 Julai akan datang bagi menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa tidak layak memimpin.
Seruan itu yang dimaklumkan melalui satu kenyataan hari ini yang menjelaskan bahawa ia adalah lanjutan bantahan #Lawan yang diadakan secara dalam talian dengan orang ramai berkongsi gambar bersama bendera hitam sebelum ini.
"Kita tidak ingin bermusuh dengan sesiapa melainkan pemimpin yang gila kuasa dan tidak peka dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat.
“Sudah tiba masanya rakyat mempunyai pemimpin yang sedar diri, bertanggungjawab dan rendah hati dalam memahami denyut nadi rakyat.
“Kita tidak perlukan pemimpin yang sentiasa memperlekeh derita rakyat dan membuat keputusan tidak menguntungkan rakyat terbanyak.
"Justeru, Sekretariat Solidariti Rakyat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk keluar dan #Lawan pada 31 Julai 2021, sebagai simbolik penentangan terhadap kerajaan yang tidak ada kelayakan memimpin negara," kata kumpulan itu.
SSR dalam kenyataan itu yang turut menegaskan desakan mereka agar Mahiaddin Md Yasin dan seluruh Kabinet beliau berundur, sidang Parlimen diadakan sepenuhnya dan moratorium automatik untuk semua turut menjelaskan masa dan tempat untuk bantahan ia dijakankan akan diumumkan dalam masa terdekat.
![]() |
SSR ajak rakyat tolak K'jaan PN |
Sementara itu SSR mengakhiri kenyataan mereka hari ini, dengan memetik bait puisi Dialog, nukilan Kassim Ahmad:
"Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka!" kata bait puisi itu.
0 Comments