KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Mahiaddin Md Yassin sekali lagi menerima kritikan keras dari bekas menteri persekutuan, Tan Sri Rafidah Aziz.
Dipetik laporan media, Rafidah berkata keadaan negara yang menyedihkan sekarang berpunca dari ketakcekapan kerajaan Muhyiddin yang terbentuk melalui “pintu belakang” dan tidak dipilih rakyat sebaliknya.
Vateran politik itu turut menyenaraikan banyak kelemahan kerajaan Mahiaddin yang antaranya percanggahan sesama sendiri, sikap tidak serius untuk memanggil Parlimen bersidang kerana bimbangkan usul tidak percaya dan isu-isu rakyat yang timbul sejak kebelakangan ini.
Lebih dari itu Rafidah berkata PN juga berkata, ketidakmampuan PN mentadbir negara dengan baik adalah disebabkan gabungan itu sendiri tidak mempunya manifesto tentang tadbir urus negara.
“Betapa terasingnya Jemaah Menteri yang sangat besar ini kepada hakikat di lapangan dan ketidakmampuannya menugaskan timbalan menteri yang banyak itu. Jika dibuat penilaian, kerajaan ini yang beberapa kali menunjukkan ia tidak cekap boleh dikatakan gagal.
“Malah, dalam keadaan paling teruk pun, kerajaan yang cekap, mempunyai asas yang baik dan bertanggungjawab akan dapat mengemudi negara mengharungi masa sukar," katanya dipetik.
Melihat kelemahan kerajaan Presiden Bersatu itu, Rafidah turut menekankan bahawa rakyat layak mendapat pemerintah yang lebih bagus daripada kerajaan sedia ada.
“Malaysia selayaknya mendapat kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan ‘pintu belakang’ yang gagal,” katanya.
Sebagai rekod, kerajaan PN dikritik di media sosial, warganet memuatnaik slogan seperti “kerajaan gagal”serta beberapa desakan supaya Mahiaddin berundur semakin kuat diutarakan.
![]() |
Rakyat wajar dapat k'jaan lebih baik |
Sementara itu tambah Rafidah, walaupun PN mencuba sedaya upaya untuk kekal berkuasa tetapi mereka “menggagau-gagau” mengurus wabak Covid-19 dan ekonomi.
0 Comments