Malaysia lambat dan lembab tangani Covid-19, tegas Anwar

PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kelembapan proses vaksinasi Covid-19 kepada rakyat sehingga menyebabkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 meningkat.

Melalui satu kenyataan di laman Facebooknya, Anwar walaupun mengaku proses vaksinasi itu menunjukkan peningkatan, namun ia dilihat dilaksana lewat lima hingga enam bulan berbanding negara lain.

“Kita dah lambat dan lembap. Jumlah mati meningkat, jumlah positif meningkat.

“Masalah kita punca daripada keangkuhan. Mereka rasa boleh tahu semua, ketepikan pandangan orang begitu rupa. Ini sebabkan angka kematian semakin meningkat,” katanya.
 
Untuk rekod, Kementerian Kesihatan melaporkan 199 kematian semalam menjadikan angka korban itu adalah rekod tertinggi setakat ini, berbanding 153 kematian yang dicatatkan Ahad lalu menjadikan 7,440 pesakit meninggal akibat wabak itu.

Sebanyak 11,985 kes baharu Covid-19 pula direkodkan semalam menjadikan secara keseluruhan 951,884 kes direkodkan di negara ini.

Kerajaan tak bersikap proaktif kata Anwar
Sementara itu Anwar dalam kenyataannya turut mencadangkan agar klinik sektor swasta dijadikan pusat vaksinasi.

Beliau berkata, bagaimanapun selepas berbulan-bulan cadangan dikemukakan, barulah masa ini cadangan itu dipertimbangkan.

“Lihat hospital Klang berselerak macam pasar nak salahkan siapa? Lihat beban tanggungjawab van jenazah hospital Klang.

“Masalah rumit dah kritikal. Simpang siur macam keadaan darurat,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments