MAJLIS PRESIDEN Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi kata putus kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun untuk melaksanakan tiga perkara yang disarankan atau meletakkan jawatan.
Tiga perkara tersebut itu ialah Azhar hendaklah tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua Ahli Parlimen hadir dan berada di dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan.
Majlis itu turut menuntut Azhar embenarkan perbahasan penuh berasaskan usul Menteri untuk semua isu-isu yang telah dinyatakan dalam titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah COVID-19, serta usaha memulihkan ekonomi serta menjamin kelangsungan hidup rakyat.
"Kami tidak boleh terima sidang Parlimen yang dipanggil hanya untuk mendengar ceramah atau kuliah Menteri tanpa perbahasan penuh," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu ditandatangani Pengerusi HARAPAN yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng .
Tuntutan ketiga yang dikemukakan Majlis itu lagi adalah untuk Azhar memputuskan sama ada beliau akan menjunjung penuh titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, atau sekadar mengikut arahan Kabinet.
“Jika Yang Dipertua Dewan Rakyat merasakan beliau tidak mampu melaksana tiga perubahan ini, beliau dipelawa untuk meletakkan jawatan,” tegas mereka.
Terdahulu dalam kenyataan itu, Majlis Presiden terkejut membaca kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang mendakwa HARAPAN cuba melagakan beliau dengan Istana Negara.
Bagi Pakatan Harapan, ini bukanlah satu kenyataan yang patut dikeluarkan seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan menggunakan bahasa yang tidak mengikut peraturan Parlimen (‘unparliamentary language’).
“Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.
“Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah Ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap, dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.
“Maka jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan Kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenar Duli-Duli Tuanku, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut,” kata Majlis itu lagi.
![]() |
Letak jawatan jika tak mampu penuhi 3 tuntutan |
Malah Azhar tegas mereka tidak perlu bimbang kerana blok pembangkang itu tidak bercadang memasukkan sebarang usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yassin.
“Kami hanya mahu menumpukan perhatian sidang khas ini kepada perkara-perkara penting pandemik Covid-19 dan kesusahan rakyat dalam krisis ekonomi masakini,” tegas mereka.
0 Comments