#Lawan PN: kempen kibar #BenderaHitam bermula hari ini


SELEPAS
tular kempen kebajikan membantu golongan masyarakat yang terkesan akibat dampak pandemik Covid-19 melalui kibaran bendera putih, kini muncul pula seruan mengibarkan bendera hitam.

Kempen anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat itu meminta orang ramai mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat sesuai bermula hari ini sebagai tanda kekecewaan mereka atas 'kegagalan' kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani isu rakyat termasuk penularan Covid-19.

Ia juga meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik di media sosial secara serentak pada pukul tiga petang esok dan menggunakan tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran.

"Sekretariat Solidariti Rakyat menuntut Muhyiddin Yassin meletakkan perdana menteri serta merta, buka parlimen dengan kadar segera dan tamat darurat," kata kenyataan Setiausaha agung penaja parti Muda Amir Abdul Hadi pada satu kenyataan di media sosial.

Menurut Amir lagi, aksi langsung ini adalah mesej kepada kerajaan bahawa rakyat sudah muak dan letih dengan ketidakpastian penyelesaian bagi permasalahan negara serta rakyat.

“Aksi ini juga adalah satu permyulaan kepada aksi-aksi lain sekiranya Muyhiddin gagal meletakkan jawatan,

“Kami juga ingin mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan agar berwaspada dengan kemarahan rakyat,

“Apabila rakyat sudah terdesak dan kelaparan, ingatlah bahawa mereka bukan boneka yang akan hanya berdiam diri ketika ditekan,” ujarnya

Sekretariat itu sebelum ini menganjurkan himpunan Undi18 dan Buka Puasa Buka parlimen  menegaskan bahawa mereka kecewa kerana Parlimen yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengsaraan rakyat sehingga hari ini masih lagi gagal bersidang.  

Mereka turut mengulas inisiatif bendera putih yang dilancarkan sebelum ini yang dianggap sebagai manifestasi daripada keterdesakan rakyat Malaysia untuk melangsungkan kehidupan.

“Rakyat terpaksa merayu demi sesuap nasi dikala kerajaan hari ini menggajikan puluhan jemaah menteri dengan bayaran yang tinggi.

“Kelembapan pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan perkara baharu, sama sekali tidak boleh diterima rakyat,” katanya.  

Selain kempen kibar #BenderaPutih dan #BenderaHitam. satu pertubuhan sebelum ini turut melancarkan kempen kibar #BenderaMerah.

Kempen anjuran Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) itu adalah inisiatif membantu pemilik yang terkesan akibat pandemik Covid-19 mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Ia dibuat susulan berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Isyarat rakyat dah muak dengan PN
"Pembuangan haiwan berlaku kerana pemilik tidak mampu untuk terus memelihara kucing dan anjing peliharaan mereka kesan faktor ekonomi.

"Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu sudah lama dipelihara, malah menjadi sebahagian keluarga mereka," kata Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika dipetik.

Post a Comment

0 Comments