JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bersidang pada 26 Julai ini, kata Pengerusinya, Wong Kah Woh.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan memanggil anggota jawatankuasa itu bersidang adalah sejajar titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu Jawatankuasa Pilihan Parlimen bersidang bagi menjalankan fungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kerajaan.
Surat pemakluman tarikh mesyuarat PAC menurutnya sudah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun semalam.
“Mesyuarat ini akan diadakan secara fizikal membabitkan semua ahli PAC serta ahli ex officio jawatankuasa ini bagi membincangkan jadual mesyuarat PAC akan datang terutama membabitkan kes tertangguh serta mengemas kini jadual mesyuarat.
“Bagaimanapun, jawatankuasa ini terbuka untuk mengadakan mesyuarat secara hibrid sekiranya tidak melanggar Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media pada Selasa lalu menjelaskan bahawa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatan-jawatankuasa Pilihan Parlimen perlu meneruskan sesi mesyuaratnya, bagi melaksanakan mekanisme semak dan imbang.
![]() |
Tarikh telah dimaklumkan kepada Speaker |
Pandangan itu dizahirkan selepas pertemuan Baginda dengan Azhar dan Speaker Dewan Negara, Rais Yatim.
Baginda juga turut mengulangi pandangan bahawa Parlimen perlu bersidang pada kadar segera.
0 Comments