MALAYSIA menduduki tempat tercorot dalam indeks yang mengukur sejauh mana prestasi negara untuk kembali kepada keadaan normal berdepan wabak Covid-19
Dipetik laporan Malaysiakini,Indeks dan penjejak itu dijalankan majalah The Economist dengan mengambil kira tiga kegiatan, iaitu perjalanan (penggunaan jalan raya, pengangkutan awam dan penerbangan), masa lapang (waktu yang tidak dihabiskan di rumah, hasil pendapatan pawagam dan kehadiran di acara sukan), dan kegiatan komersial (peruncitan dan pejabat) .
Daripada 50 negara dalam indeks tersebut, Malaysia mendapat skor terburuk - 27.3 mata.
Negara Asia Tenggara dengan kedudukan tertinggi dalam indeks tersebut adalah Indonesia di tempat ke-40, diikuti oleh Thailand (41), Singapura (43), dan Filipina (44). Semua negara ini mempunyai skor antara 55.5 dan 58.3.
Skor 100 menunjukkan tahap kegiatan seperti sebelum menularnya wabak Covid-19.
Laporan The Economist itu turut menyatakan bahawa Malaysia "berdepan kesukaran akibat gelombang jangkitan berbahaya disebabkan oleh varian Delta yang menular dengan lebih pantas".
Dengan faktor-faktor yang dikesan secara tetap, peningkatan sisihan piawai (standard deviation) dalam jumlah kematian akibat Covid-19 mengurangkan skor sebanyak empat mata, manakala langkah mengetatkan kawalan pergerakan mengurangkan skor sebanyak lima
mata.
"Indeks ini menjejak jumlah kematian rasmi dari bulan sebelumnya - yang dapat mencerminkan tahap jangkitan sejak 60 hari sebelumnya - secara lebih rapat berbanding bilangan kes semasa," kata laporan itu.
![]() |
Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran |
Ia menambah yang kehidupan akan kekal menjadi "tidak normal" di kebanyakan negara, dengan pandemik meletus sebelum bilangan penduduk yang mendapat vaksin dikira mencukupi.
0 Comments