K'jaan PN digesa atasi segera isu kekurangan ambulans

 


DUA orang Ahli Parlimen dan seorang ahli majlis menggesa kerajaan menggunakan perkhidmatan ‘shuttle’ serta bas sekolah untuk menyelesaikan msalah kekurangan ambulans bagi membawa pesakit ke hopital dan pusat  Pusat Penilaian Covid (CAC).

Gesaan itu disuarakan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya) dan Charles Santiago  (Klang) susulan laporan bahawa Lembah Klang berdepan masalah kekurangan kemudahan itu yang semakin teruk susulan pendemik.

Maria yangd ipetik laporan FMT berkata, kompleks apartmen besar seperti Mentari Court yang mempunyai kira-kira 17,000 penduduk, telah dikenakan ‘lockdown’ akibat lonjakan jangkitan di kawasan itu.

“Kami kesal pihak kementerian tidak memikirkan perkara ini. Memang tidak cukup ambulans dan kenderaan pengangkutan pesakit di PJ sekarang.

“Begitu ramai orang dikuarantin, namun jika menunjukkan gejala dan perlu pergi ke hospital, siapa yang berani membawa mereka?

“Kita terpaksa menghubungi ‘hotline’ untuk bantuan. Saya tidak mahu meletakkan kakitangan atau sukarelawan dalam bahaya, kebanyakan mereka belum pun mendapat suntikan vaksin ,” katanya dipetik portal itu.

Dipetik laporan sama, Charles pula sebelum ini turut bersuara mengenai masalah kekurangan ambulans.

Mendakwa lebih 30 keluarga telah merayu bantuannya untuk membawa ahli keluarga yang positif Covid-19 ke hospital, beliau turut menceritakan bagaimana satu keluarga berusaha dua hari untuk mendapatkan ambulans namun berakhir kekecewaan.

Beliau menggesa Kementerian Kesihatan mendapatkan lebih banyak ambulans dengan kadar segera, selain mewujudkan sistem yang membolehkan paramedik sampai dalam masa 30 minit.

Sementara itu Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Bryan Ng Yih Miin turut mengetengahkan isu sama dengan berkata, beliau telah menerima empat panggilan kecemasan dalam seminggu lalu daripada penduduk di Petaling Jaya yang positif Covid-19 dan terdesak untuk mendapatkan pengangkutan ke hospital.

“Semuanya menghubungi talian 112 dan 999. Malangnya mereka diberitahu sama ada tiada ambulans atau pegawai kecemasan menganggap keadaan itu tidak cukup menjadi ‘kecemasan,’” katanya.

Selesai segera isu kekurangan ambulans
Ng yang berkelayakan sebagai peguam berkata, kekurangan ambulans itu menunjukkan Putrajaya gagal menggunakan kuasa yang telah diberikan kepadanya mengikut Ordinan Darurat yang berkuat kuasa pada Januari dan membolehkan kerajaan menggunakan sumber swasta dalam perang terhadap Covid-19.

Katanya, Kementerian Kesihatan sepatutnya menggunakan kenderaan kecemasan jabatan lain sebagai ambulans sementara.

Post a Comment

0 Comments