'Jangan main politik' wajar dihalakan pada PM dan PN - Saifuddin


SETIAUSAHA Agong Parti Keadilan Rakyat  (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu Timbalan Perdana Menteri menghalakan kenyataannya dibuatnya kepada Perikatan Nasional (PN)

Mengulas kenyataan Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa tumpuan harus diberikan untuk melawan Covid-19 dan usah berpolitik, Saifuddin berkata Ismail sewajarnya menasihati Mahiyaddin Md Yassin tentang perkara itu.

"TPM berpesan usah berpolitik, tumpu lawan Covid. (Tetapi) Umno tarik sokongan (terhadap Muhyiddin) tak ada kena mengena lawan Covid.

"PM lantik Ismail jadi TPM tak ada kaitan lawan Covid. Bahkan sekelumit pun tak ada faedah kepada rakyat. Ini hanya langkah PM nak selamatkan diri bukan selamatkan rakyat.

"Pesan saya kepada TPM: halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN dan seangkatan," kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Kulim Bandar Baharu dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi kerajaan PN berkuasa penuh untuk membuat dasar bagi menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi sejak darurat diisytiharkan pada Januari lalu.

Pun begitu, katanya, beberapa tindakan yang diambil kerajaan tiada kaitan dengan langkah membendung Covid-19.

Sebagai rekod,  Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Julai lalu mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan menuntut Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan serta-merta.
 
Beberapa jam sebelum sokongan Umno itu ditarik balik, Muhyiddin menaikkan pangkat Ismail Sabri, yang merupakan naib presiden Umno daripada menteri kanan kepada timbalan perdana menteri.

Sementara itu Saifuddin berkata, PN mempunyai lebih setengah tahun untuk memerangi wabak Covid-19 dengan memiliki kuasa yang luas apabila parlimen digantung.

Saranan Ismail wajar dituju pada Mahiaddin
Begitupun sepanjang tempoh itu jelasnyanya, kes postif harian Covid-19 dan kematian akibat wabak itu terus meningkat.

"Ekonomi terus melemah. Rakyat hilang kerja, hilang pendapatan. Anak-anak sekolah kelam-kabut dengan PdPR. Kes bunuh diri meningkat," tambahnya.
 

Post a Comment

0 Comments