KETUA Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Shazni Munir Mohd Ithnin dilapor dipanggil polis hari ini susulan tindakannya hadir keKedutaan Amerika Syarikat(AS) di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum berhubung isu Palestin.
Perkara itu disahkan Shazni melalui satu kenyataan dengan berkata beliau dihubungi polis daerah Wangsa Maju bagi dirakam keterangan mengenai memorandum yang membantah sokongan republik itu terhadap Israel dan kekejaman terhadap Palestin.
"Justeru saya akan hadir pada hari ini (Jumaat), jam 2.30 petang untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis," kata ketua Pemuda Amanah itu.
,
Pemuda HARAPAN pada 21 Mei lalu telah mengumumkan tunjuk perasaan secara terbuka terhadap kekejaman Israel susulan serangan rejim itu terhadap penduduk Gaza.
Ia dilakukan susulan daripada sokongan yang disuarakan oleh Presiden AS, Joe Biden terhadap zionis Israel.
Bagaimanapun rancangan tersebut kemudian diubah menjadi bantahan 10 orang saja dan penyerahan memorandum.
Bantahan dinyatakan susulan kebiadapan Israel
Pun begitu, polis cuma membenarkan dua wakil kumpulan itu yang berkumpul di Jalan Tun Razak - Shazni dan bekas naib ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman - untuk meneruskan penyerahan memorandum tersebut.


0 Comments