Orang muda kini sedar hipokrit PAS, kata pemimpin AMANAH



SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan 'nasihat' Abdul Hadi Awang supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan  'muslihat tanpa sempadan'  Pakatan Harapan (PH) ibarat berkata kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana Presiden PAS itu bernaung ketika ini.

Salahuddin Ayub yang merupakan Timbalan Presiden Amanah berkata, kenyataan Abdul Hadi itu umpama “membutakan mata” terhadap luahan dan amarah anak muda terhadap kerajaan Mahiaddin Md Yasin dimana Abdul Hadi dilantik sebagai duta Khas bagi mewakili perdana menteri itu ke Timur Tengah.  

Tambah Salahuddin melalui kenyataan terbaharu Abdul Hadi itu, ia selah-olah mengambarkan Ahli Parlimen Marang itu seolah-olah ketinggalan mengikuti perkembangan dalam negara yang menyaksikan PN sudah semakin ditolak rakyat.

“Dia (Hadi) ketinggalan bas, sebab saya rasa tindakan anak muda hari ini meluahkan #kerajaangagal di media sosial (ditujukan kepada) siapa. Jangan tersalah baca,” katanya dipetik sebahagian laporan FMT.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, kerakusan HARAPAN terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.

Walau bagaimanapun Abdul Hadi tidak memperincikan atau memberi bukti jelas terhadap dakwaan dibuatnya.

Sementara itu Salahuddin ketika mengulas lanjut kenyataan Abdul Hadi itu berkata,  genarasi muda pada hari ini mulai sedar sikap hipokrit PAS dan menolak parti itu kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Semua perkara yang menjadi modal untuk menyerang HARAPAN dahulu tidak ditunaikan ketika duduk dalam kerajaan.

"Mana perginya RUU 335 yang hebat dicanang ketika duduk di kerusi pembangkang?

“Lebih baik dia lihat rekod dia sendiri dan cermin diri,” katanya yang menyifatkan Hadi sebagai pemimpin Islam yang membawa imej tidak baik bagi agama kerana sering menggelarkan individu lain dengan gelaran binatang.

Kenyataan Abdul Hadi turut mendapat respon Ketua Pemuda HARAPAN, Shazni Munir Ithnin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Amanah berkata, kenyataan Abdul Hadi itu cuba membayangkan bahawa PAS umpama menidakkan hakikat bahawa mereka adalah tunjang kepada kerajaan gagal pada hari ini.

 Pemimpin Amanah selar sikap Abdul Hadi
"Sebelum nak ingatkan orang muda, Presiden PAS sedar tak sekarang ni orang muda dah nampak dengan jelas sifat hipokrit PAS setelah jadi kerajaan?”

“Dengan sekalian banyak rekod buruk mereka sendiri tak tertanggung, tak malukah nak komen tentang orang lain? Nasihat saya buat Presiden PAS, cerminlah diri dulu,” tegasnya.

Post a Comment

0 Comments