Bekas Presiden Filipina, Benigno Aquino meninggal dunia


BEKAS
presiden Filipina, Benigno Aquino dilapor meninggal dunia pada Khamis setelah dimasukkan ke sebuah hospital di Manila, menurut sumber kepada Reuters.

Berita kematian Aquino, 61, yang dilantik Presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016 dimaklumkan hakim Mahkamah Agung Marvic Leonen dalam satu kenyataan.

"Dengan dukacitanya saya dimaklumkan pagi ini pemergian bekas Presiden Benigno Aquino,' kata kenyataan tersebut tanpa memaklumkan punca kematian Aquino.

Bagi menghormati kematian Aquino, Bendera negara dikibarkan setengah tiang di bangunan senat di Manila.

Mendiang merupakan anak kepada dua ikon demokrasi Asia Tenggara adalah Presiden Filipina dari tahun 2010 hingga 2016.
 
Bapanya, Benigno 'Ninoy' Aquino yang merupakan seorang senator dibunuh ketika pulang dari buangan politik pada tahun 1983 kerana menentang pemerintahan Ferdinand Marcos ketika itu.

Pembunuhan itu mengejutkan negara dan menyebabkan Marcos tersingkir daripada jawatannya dalam Revolusi Kuasa Rakyat pada 1986, lantas mendorong ibunya Corazon Aquino dilantik sebagai presiden dari tahun 1986 hingga 1992.

Mendiang berusia 61 tahun
Aquino pernah ditembak lima kali ketika cubaan kudeta tentera pada tahun 1987 terhadap pemerintahan ibunya, di mana tiga pengawalnya terbunuh.

Dikenali sebagai "Noynoy", mendiang mendapat sokongan masyarakat selepas kematian ibunya pada tahun 2009 yang menjurus kepada pelantikannya ke jawatan nombor satu negara itu.


Post a Comment

0 Comments