PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan atas peningkatan kes bunuh diri yang dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.
Melalui program Bicara Anwar “Benarkah kerajaan berjaya kawal pandemik Covid-19?” di Facebook miliknya malam tadi, Presiden KEADILAN itu berkata, kes bunuh diri sebanyak telah meningkat sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2019 kepada 226 kes dilaporkan setakat Oktober tahun lalu.
Justeru usaha perlu dilakukan segera bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik.
“Kita mesti mencari jalan, ikhtiar, hubungi mereka yang kadang-kadang sesak, susah bantu dan cari jalan supaya jangan menjurus keadaan ini (bunuh diri),” katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri pada leat era 90-an itu turut membidas kenyataan segelintir menteri yang menyifatkan kerajaan berjaya menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik dan berjaya.
Anwar menegaskan kerajaan tidak perlu beretorik sedangkan rakyat masih berada dalam keadaan sukar susulan pendemik berkenaan.
Mengulas lanjut, Anwar sekali lagi menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Mahiaddin Md Yassin agar mengkaji semula strategi pelaksanaan penuh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ia jelasnya dilihat tidak berkesan dan gagal menurunkan kadar jangkitan Covid-19.
Selain itu tambah Anwar, kerajaan perlu segera meningkatkan ujian saringan harian Covid-19 pada kadar lebih tinggi melebihi 150,000 sehari seperti disaran pakar dari dalam dan luar negara bagi memastikan penularan dapat dikawal.
Beliau sebelumnya mempersoalkan jumlah saringan harian ketika ini iaitu sekitar 50,000 berbanding lebih 126,000 beberapa bulan lalu, menyebabkan kadar jangkitan seolah-olah telah menurun sekitar 4,000 dan 5,000.
“Padanlah angka kes positif menurun kepada 4,000 atau 5,000. Kalau buat ujian 150,000 sehari, kes (akan) lebih tinggi walaupun PKP penuh dilaksanakan, ini bentuk kekeliruan dan penipuan kepada rakyat,” katanya lagi.
Golongan terkesan perlu dibantu segera |
Sekiranya itu gagal dilakukan, beliau menyarankan supaya kerajaan baharu dipilih menggantikan kerajaan yang dibentuk tanpa mandat rakyat melalui 'Langkah Sheraton' itu.
0 Comments