KAJIAN oleh jurnal PLOS Computational Biology menyatakan Pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada tahun lalu telah mencetuskan gelombang ketiga penularan Covid-19.
Memetik laporan Malaysiakini, kajian yang dikeluarkan pada Khamis lalu itu menyebut bahawa sejak 10 Jun hingga hari mengundi pada 26 September tahun lalu, terdapat hanya sekitar 16 kes baru sehari di Malaysia.
Namun, 17 hari selepas itu - iaitu selepas PRN hingga penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah dan beberapa negeri lain - ia meningkat kepada 190 kes sehari, dengan kira-kira 154 kes dilaporkan di Sabah.
Pilihanraya itu juga jelas mereka telah membenarkan jangkaan 2,979 kes Covid-19 pada minggu pertama ia berakhir.
Bilangan itu merangkumi 70 peratus kes baru yang dilaporkan di negeri itu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober.
Di luar Sabah, kajian itu menganggarkan 64.4 peratus kes baru ketika tempoh itu boleh dikaitkan dengan kesan limpahan daripada PRN itu, dengan tambahan 1,741 kes.
Ini menjadikan sejumlah 4,720 kes di seluruh negara berkaitan PRN itu.
"Kami menunjukkan yang anggaran kami ini bukan disebabkan tren sedia ada, usaha pemantauan dan/atau dasar pencegahan. Anggaran ini menunjukkan kemungkinan perhimpunan ramai di satu kawasan 'melimpah' kepada penularan di seluruh negara.
"Maka pelonggaran sekatan perhimpunan ramai perlu dipertimbang secara cermat, walaupun ketika jangkitan komuniti yang rendah dan penguatkuasaan garis panduan penjarakan yang selamat," menurut penulis kajian itu.
Kajian diterbitkan di jurnal PLOS Computational Biology itu berdasarkan pemodelan komputer trend Covid-19 di Malaysia dari 22 Mac hingga 12 Oktober - iaitu ketika sehari sebelum bermulanya PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.
Kajian oleh kumpulan di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura itu bertujuan menjadikan PRN Sabah sebagai kajian kes bagi menaksir bagaimana perhimpunan ramai boleh menyebabkan penularan Covid-19.
Memetik laporan di media, kajian itu menyatakan risiko Covid-19 di Sabah pada mulanya rendah, dibantu dengan kadar pematuhan prosedur operasi standard - seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan pemeriksaan suhu - yang tinggi.
Bagaimanapun, perkumpulan tanpa had di kawasan terbuka dan had 250 orang di kawasan tertutup, telah meningkatkan risiko jangkitan.
Ia ditambah perjalanan rentas negeri susulan PRN dan penangguhan usaha mengekang penularan, ia menyebabkan mereka yang kembali dari Sabah mencetuskan penularan baru di negeri lain.

![]() |
Kajian mendapati PRN cetus gelombang ketiga |

0 Comments