SEBUAH badan pemikir mahu kerajaan mendedahkan sepenuhnya kontrak pemerolehan vaksin Covid-19.
Gesaan itu dibuat Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) susulan prestasi “mengejutkan” laman web Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaanyang ditugaskan untuk pendaftaran vaksin AstraZeneca baru-baru ini.
Terutamanya selepas RM70 juta dilaporkan diperuntukkan untuk integrasi data negara dan sistem janji temu vaksinasi.
“Prestasi lemah sistem tempahan laman web sangat mengejutkan, mencerminkan teknologi yang lemah. Ini menyebabkan penduduk yang sudah menghadapi krisis Covid-19 sangat kecewa.
“Ini tidak sepatutnya berlaku kepada usaha penting di seluruh negara.” kata Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh dipetik.
Rabu lalu, web pendaftaran bagi mendapatkan vaksin itu dilapor tergendala. aliran trafik tinggi orang ramai cuba menempah slot bagi vaksin AstraZeneca difahamkan telah membebankan laman web berkenaan.
Ramai dilapor kecewa kerana tidak dapat menghantar borang pendaftaran dalam talian akibat pelbagai isu teknikal. Pemohon juga tidak dapat melihat pilihan pusat vaksinasi, walaupun selepas beberapa kali “refresh” laman web, dengan ramai yang tidak menerima mesej memaklumkan status pendaftaran mereka.
Di media sosial orang ramai mempersoal wang dibelanjakan untuk membangunkan laman web bagi melaksanakan perkara/item integrasi data dan sistem janji temu itu yang difahamkan bernilai RM70 juta.
“Khabarnya Shopee dan Lazada tak jem walau belanja tak sampai 70 juta.” kata Mohd Fakhrulrazi Mokhtar dipetik satu laporan media.
Nurul Intan Zanariah pula menyuarakan rasa kecewanya dengan berkata, “Harga website katanya 70 juta tapi serupa hape entah. Stuck sini sana. Tak boleh tekan button situ sini. Tiba-tiba slot dah penuh. Semua orang berperang nak dapatkan vaksin. Lepas ni, jangan memandai cakap rakyat tolak vaksin pula.”
![]() |
K'jaan digesa dedah sepenuhnya kontrak |
Sementara itu tegas Tricia dalam kenyataannya menegaskan bahawa pendedahan mengenai pemerolehan vaksin itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dipimpin Muhyiddin Yassin yang dikecam hebat oleh masyarakat hari ini.
0 Comments