PERSATUAN Pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) mendesak Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman, dipecat serta-merta.
Gesaan itu dibuat Presiden 4PAM, Ajit Johl yang mendakwa Tajuddin gagal menguruskan insiden melibatkan dua tren LRT yang bertembung dalam terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, semalam.
Beliau yang dipetik satu laporan media turut mempersoal Tajuddin yang menurutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengunjungi lokasi bencana yang disifatkan terburuk dalam sejarah pengangkutan sistem tren negara.
“Ini tidak menghormati keselamatan dan kebajikan penumpang,” katanya kenyataan.
Kelibat Tajuddin yang tiada di lokasi kejadian malam tadi menimbulkan tanda tanya, walau bagaimanapun difahamkan Tajuddin telah melawat lokasi kemalangan dua tren itu pagi tadi.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu bagaimanapun mempertahankan tindakannya melawat lokasi pagi tadi dengan menegaskan beliau terima laporan kejadian “agak lewat” semalam.
Sebagai perbandingan, bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook antara yang terawal mengulas insiden tersebut dengan membuat gesaan supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian.
BACA: Bekas Menteri gesa tubuh 'taskforce' bebas
Gesaan itu dilontar Ahli Parlimen Seremban itu melalui satu kenyataan di laman sosial Facebooknya malam tadi.
Sementara itu, Ajit mahu Prasarana, sebagai syarikat tunggal bertanggungjawab menguruskan sistem pengangkutan awam negara bertanggungjawab melindungi penumpang yang tercedera dengan memastikan rawatan dan pampasan yang sewajarnya.
“Ini masalah yang sangat serius. Keselamatan penumpang pengangkutan awam adalah masalah yang telah disuarakan secara konsisten 4PAM sejak tujuh tahun lalu.
“Bagaimana operator (Prasarana), penggubal dasar, dan Kementerian Pengangkutan dapat memberi jaminan bahawa pengguna akan dilindungi dan diwakili dengan baik, ketika mereka tidak berada sekali dalam inkuiri?” soal beliau.
![]() |
Persatuan gesa Tajuddin dipecat serta merta |
Sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mengalami cedera ringan.
Malaysiakini dalam laporanya berkata, Enam penumpang yang terlibat dalam kemalangan itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan kritikal.
0 Comments