Media akan bebas kalau 'jilat menteri'?- Pemuda HARAPAN


SEORANG pemimpin Pemuda mempersoalkan apakah pendirian kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam isu berkaitan kebebasan akhbar di negara ini.

Shazni Munir Mohd Ithnin bertanyakan pendirian itu sempena sambutan hari kebebasan media antarabangsa 2021 semalam.

Dalam satu kenyataan, Shazni yang merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan, apakah mungkinkah kata ‘bebas’ bagi kerajaan PN bermaksud laporan media yang hanya selari dengan keinginan pentadbiran Muhyiddin.

“Atau dikatakan ‘benar-benar bebas’ jika memuji menteri walaupun tak reti dan tak diketahui sedang buat kerja apa?

“Ini adalah persoalan yang perlu dijawab demi masa depan demokrasi dan kebebasan akhbar yang semakin kelam,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.

Tahap kebebasan media di Malaysia semakin merudum dibawah pentadbiran kerajaan 'tebuk atap' yang terlahir melalui langkah Sheraton.

Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Border (RSF) yang merupakan pertubuhan pengamal media dan berpengkalan di Paris meletakkan Malaysia pada tanggal ke-119 dalam penarafan terbaharu mereka berkaitan kebebasan media.

BACA:
Indek kebebasan media Malaysia dilapor merosot


Ketika HARAPAN mengambil alih negara, Malaysia mencatatkan rangking terbaik iaitu 101 dari 180 negara, tetapi keadaan berubah sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan apabila kedudukan Malaysia merudum 18 anak tangga.

Menurut penarafan terbaharu itu juga, Malaysia diletakkan lebih buruk dari negara jiran Indonesia.

"Bagi media, pemulihan pentadbiran authoritarian pada tahun 2020 telah menyaksikan pendakwaan, penggeledahan polis, pengusiran (wartawan dan pemberi maklumat) dan pelanggaran terang-terangan mengenai kerahsiaan sumber wartawan.

"Untuk melindungi diri mereka daripada asakan kerajaan, ramai wartawan terpaksa menapis diri sendiri," katanya RSF.

Sementara itu Shazni juga berkata ketika satu dunia meraikan kebebasan akhbar, media di Malaysia sebaliknya masih bergelut untuk berjuang demi laporan berita yang menyebelahi rakyat.

Bergelut capai kebebasan media
“Ketika ada wartawan yang berani menongkah arus laporan dengan mempersoal ketidakadilan yang berlaku, ia seakan ancaman.

“Segala kata-kata ditanggap sebagai simbol untuk menentang pihak yang menguatkuasa undang-undang, walhal yang dipersoal hanyalah ketidakadilan pihak berkuasa,” kata Shazni merujuk siasatan polis terhadap seorang penyampai berita yang mengkritik isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.
 

Post a Comment

0 Comments