Indek kebebasan media Malaysia dilapor merosot

 


KEDUDUKAN kebebasan media di Malaysia dilapor jatuh merosot lagi.

Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Border (RSF) yang merupakan pertubuhan pendesak kebebasan media dan berpengkalan di Paris meletakkan Malaysia pada tanggal ke-119.

Di kedudukan itu, Malaysia diapit Republik Kongo dan Nigeria dengan Indonesia mencatatkan kedudukan lebih baik daripada Malaysia pada kedudukan 113.

Negara Asia dengan kedudukan terbaik adalah Korea Selatan (42).

Ranking terbaik Malaysia adalah pada tahun 2020 (101 dari 180 negara) sementara ranking terburuk adalah pada tahun 2014 dan 2015 iaitu pada kedudukan 147.

Menurut RSF yang dipetik laporan Malaysiakini mengatakan bahawa kebebasan media di Malaysia meningkat secara mendadak setelah pilihan raya 2018, tetapi keadaan berubah sejak Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan.

"Bagi media, pemulihan pentadbiran authoritarian pada tahun 2020 telah menyaksikan pendakwaan, penggeledahan polis, pengusiran (wartawan dan pemberi maklumat) dan pelanggaran terang-terangan mengenai kerahsiaan sumber wartawan.

"Untuk melindungi diri mereka daripada asakan kerajaan, ramai wartawan terpaksa menapis diri sendiri," katanya.

Antara lain, RSF mengaitkan kebangkitan semula Jabatan Hal Ehwal Khas - yang disifatkannya sebagai alat propaganda kerajaan - telah mempengaruhi kebebasan media, tetapi tidak menghuraikannya.

Ia juga memetik beberapa undang-undang yang menghambat kebebasan media masih berleluasa sejak tahun lalu - Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

RSF meletakkan Malaysia di kedudukan 119
"Di bawah undang-undang, yang layak diperbaiki secara menyeluruh, pihak berkuasa memiliki kawalan ketat terhadap lesen penerbitan dan wartawan boleh dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan hasutan," kata RSF.

Selain itu tindakan pihak berkuasa menyerbu pejabat Al Jazeera di Kuala Lumpur berhubung sebuah dokumentari mengenai dakwaan penganiayaan ke atas pendatang asing pada Ogos tahun lalu juga menyumbang kepada kejatuhan kedudukan Malaysia dalam kebebasan media.

Post a Comment

0 Comments