PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik “kelembapan” kadar pemerolehan vaksin oleh kerajaan pusat, negeri dan pihak swasta.
Melalui satu kenyataan, Anwar berkata bahawa setakat hari ini kurang daripada 3% rakyat Malaysia yang sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19, sehingga memaksa beberapa kerajaan negeri, syarikat swasta dan yayasan berusaha sendiri untuk memperoleh bekalan vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Justeru perlu untuk satu siasatan bebas dikendalikan Parlimen dijalankan segera bagi mencari punca kepada masalah itu.
“Namun kerajaan PN (Perikatan Nasional) di sini terlalu sibuk memikirkan cara untuk mengawal keseluruhan proses (pembekalan) dari A sampai Z, sehingga mengakibatkan kelengahan yang tidak sepatutnya, dan saya amat terganggu dengan sikap pihak atasan kementerian yang ternyata begitu lembab,” katanya dalam kenyataan.
Anwar memberi contoh bagaimana kerajaan Selangor misalnya, terpaksa menunggu berbulan-bulan hanya untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan, meskipun mereka telah memperuntukkan dana sendiri untuk mendapatkan dua juta dos buat rakyat negeri itu.
“Saya turut mendapat aduan daripada beberapa syarikat swasta dan yayasan bahawa permintaan dan usaha mereka untuk mendapatkan vaksin tidak dihiraukan sama sekali.
“Juga turut dilaporkan bahawa vaksin Sinopharm dijangka tiba pada Mei nanti, namun sehingga Mac kita masih belum pasti sama ada kelulusan telah diberikan, sekali gus menambah timbunan masalah yang menanti penyelesaian,” katanya lagi.
![]() |
Anwar gesa tindakan lebih pantas |
Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan sepatutnya bersiap siaga untuk memperoleh vaksin yang berkesan sejak berbulan yang lalu, dan prestasi gerak kerja kerajaan sekarang tidak boleh diterima sama sekali.
0 Comments