Kongres KEADILAN bebas bincang apa jua - Setiausaha Agung


KONGRES Nasional  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang akan diadakan pada 5 dan 6 Jun depan bakal memberi ruang dan kebebasan untuk perwakilannya membangkitkan dan membahaskan apa juga isu.

Ia termasuk mengenai spekulasi kerjasama parti itu dengan Umno mahu pun rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan kedua-dua presiden parti berkenaan.

"Kita buka kepada perbahasan daripada wakil negeri, perbahasan Wanita dan perbahasan Pemuda. Kita benar mereka berbahas topik seluas langit dan bumi.

"Dia (perwakilan) nak bahas apa dia bahaslah, lagipun ini kongres nasional tahunan, mereka patut diberi ruang seluasnya untuk diberi pandangan, teguran, setuju tak setuju, mereka boleh sebut apa sahaja termasuk (dakwaan mahu kerjasama dengan Umno, penyebaran audio Ahmad Zahid dengan Anwar)," kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution pada sidang media semalam.
 
Difahamkan, Kongres itu akan dijalankan secara maya dan fizikal memandangkan situasi Covid-19 yang belum reda.

Dalam sidang media serupa, Saifuddin turut memberi jaminan bahawa insiden baling kerusi dan baling batu tidak akan berulang lagi pada kongres kali ini.

"Saya dan pimpinan terus berikan nasihat dan pandangan kepada pimpinan parti, kita dapati pada tahun ini perjalanan di peringkat awal di Cabang lancar.

Perwakilan bebas bincang apa saja
"Apabila kami tutup mesyuarat cabang pada 2 Mei, semua cabang telah berjaya menjalankan mesyuarat masing-masing kecuali dua cabang yang memohon diberikan lebih masa.

"Daripada laporan mesyuarat cabang, kami dapati di kalangan anggota parti sangat fokus kepada PRU, isu kekuatan parti, isu rakyat dan ia memberikan gambaran awal peranan Kongres Nasional tidak akan berlaku seperti yang telah terjadi sebelum ini,” katanya dipetik.


Post a Comment

0 Comments