SEHARI selepas dipecat sebagai Pengerusi Prasarana pada Rabu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dipanggi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi disoal siasat.
Ia berhubung dakwaan beliau tidak mematuhi SOP semasa mengadakan satu sidang akhbar mengenai kemanlangan membabitkan dua tren LRT yang kemudian menjadi kontroversi dan dikecam ramai.
Sebelum hadir ke IPD Dang Wangi, media melaporkan bahawa pemimpin Umno itu sebenarnya telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya semalam.
SPRM kemudian membebaskan Tajuddin itu dengan ikat jamin lisan.
Beberapa portal media dalam laporan mereka berkata, Tajuddin disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan untuk diri suspek, saudaranya atau sekutunya.
FMT dalam laporannya yang memetik seorang sumber tidak dinamakan berkata " SPRM mahu menyiapkan kertas siasatan untuk pertuduhan tidak lama lagi,".
Siasatan mengenai dakwaan salah guna kedudukan untuk suapan itu dimulakan selepas antara lain, muncul tuduhan Tajuddin 'campur tangan' dalam sebuah projek projek Latitud 8 di Dang Wangi, Kuala Lumpur diberikan kepada Intan Sekitar Sdn Bhd yang didakwa berkaitan keluarganya.
Bagaimanapun Tajuddin sebelum ini menafikan tuduhan campur tangan itu.
Media melaporkan bahawa Intan Sekitar Sdn Bhd dimiliki 51 peratus oleh Crest Builder Holdings Berhad yang disenaraikan di bursa, adalah 49 peratus dimiliki oleh Detik Utuh Sdn Bhd.
Keluarga Tajuddin dikatakan memiliki 40 peratus kepentingan dalam Detik Utuh Sdn Bhd melalui Tindakan Juara Sdn Bhd yang memberi mereka pegangan efektif sebanyak 19.6 peratus dalam projek tersebut.
Isu campur tangan itu muncul berikutan laporan bahawa lembaga Prasarana sedang mempertimbangkan untuk menghentikan projek tersebut dengan membayar RM80 juta kepada Intan Sekitar.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada awal Mei memaklumkan pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung isu dakwaan salah guna kuasa dalam Prasarana Berhad (Prasarana) dengan kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada April lalu.
![]() |
Tajuddin disiasat atas dakwaan salahguna kuasa |
Semalam media melaporkan Tajuddin enggan bertembung dengan wakil media dan cuba mengelak daripada disoal wartawan.
Tajuddin yang dilihat menaiki kereta jenis Mercedes berwarna perak memasuki pekarangan IPD Dang Wangi kira-kira jam 4.45 petang beredar senyap-senyap mengikut pintu belakang bangunan balai polis tersebut.
0 Comments