PENGUMUMAN Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melaksanakan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dalam mengekang penularan Covid-19 disambut dengan reaksi kurang menyenangkan dari rakyat.
Dipetik laporan FMT, pengguna media sosial berkongsi ciapan tanda pagar #KerajaanBodoh untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila kerajaan dilihat mengutamakan sektor ekonomi berbanding nyawa rakyat.
Ia juga sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang didakwa gagal mengekang penularan Covid-19 dengan berkesan.
Seorang pengguna @izzaire15 berkata, “akhirnya duit adalah lebih penting. Sebab itulah kerajaan mengutamakan ekonomi berbanding nyawa manusia. Sedih tapi benar”.
@MuazMohd94 pula secara sinis mengucapkan tahniah atas apa dilakukan kerajaan hingga mengakibatkan angka jangkitan Covid-19 menjadi antara yang tertinggi di dunia.
“Tahniah Kerajaan PN. Kita kini nombor 1 di dunia #KerajaanBodoh #KerajaanGagal,” katanya menurut laporan itu.
Kes baharu pandemik yang membawa maut itu terus melepasi 6,000 kes sejak lima hari lalu manakala program vaksinasi berjalan amat perlahan.
Setakat tengah hari tadi, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 512,091 kes.
Rakyat berharapkan kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya memandangkan jangkitan harian Covid-19 yang mendadak.Sementara itu, seorang warganet dengan nama @firdausazman52 menggesa pemimpin kerajaan meletakkan jawatan mereka supaya negara boleh dipimpin individu lain yang mampu menangani masalah dihadapi negara.
![]() |
Rakyat luah tidak puas hati di media sosial |
Seorang lagi pengguna, yang menggunakan nama “Mira” dipetik laporan sama turut meletakkan gambar Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardem dalam Twitternya dengan kapsyen “Boleh kita pinjam beliau untuk sebulan dua bagi mengakhiri #KerajaanBodoh?” soalnya.
Sebagai rekod, rakyat sebelum ini menggunakan #KerajaanGagal bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Muhyiddin Yassin .