BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador membuat pendedahan baharu bahawa Setiusaha Agong parti Bersatu, Hamzah Zainuddin melakukan campur tangan dalam agensi kepolisian itu bagi menjaga karier politik peribadinya.
Dipetik MalaysiaGazette, Abdul Hamid mendakwa Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri cuba mempengaruhi pelantikan pegawai kanan polis termasuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.
Tindakan Ahli Parlimen Larut itu menurutnya telah menyebabkan Cawangan Khas tidak senang dengan tindak tanduk menteri yang dirujuknya sebagai "MDN" (Menteri Dalam Negeri). itu.
Cawangan Khas kemudian katanya telah menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Muhyiddin Yassin dan menyebabkan Hamzah merasa marah.
“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.
“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” Hamid dipetik sebagai berkata.
Hamzah sebelum ini mengaku dia adalah individu dalam rakaman audio tular yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis.
Tindakan itu dikecam rakyatyang bimbang agensi penguatkuasa itu akan tunduk dan digunakan sewenangnya demi memenuhi agenda politik pihak tertentu.
Abdul Hamid baru-baru ini turut secara terbuka mendedahkan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Hamzah setelah menteri itu tegasnya cuba mencampuri urusan yang sepatutnya adalah hak Ketua Polis terutama dalam pelantikan pegawai-pegawai.
Sementara itu, Abdul Hamid menambah, selepas gagal mendapat kerjasama dari JCK, Hamzah kemudian cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.
“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.
“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.
![]() |
Hamzah didakwa cuba tukar PCK |
Bagaimanapun tambahnya, isu tersebut dibawa kepada pengetahuan Muhyiddin dan pengarah itu, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan diarahkan untuk terus berkhidmat.
0 Comments