Gangguan seksual: Kementerian digesa wujud mekanisme lindungi atlet


KEMENTERIAN Belia dan Sukan mesti menubuhkan satu saluran aduan yang efektif dalam kadar segera, kata seorang aktivis veteran hak wanita

Exco Pembangunan Sosial Pulau Pinang, Chong Eng berkata begitu sebagai mengulas isu gangguan seksual dalam bidang sukan seperti yang didedahkan beberapa atlet baru-baru ini termasuk beberapa kes berprofile tinggi lampau membabitkan beberapa jurulatih kebangsaan.

Beliau turut menegaskan bahawa penyelesaian tidak akan dapat dicapai selagi tiada mekanisme yang sepatutnya untuk melindungi atlet.
 
“Ada alasan untuk mempercayai kes-kes sebegitu hanyalah sebahagian kecil daripada masalah besar (the tip of the iceberg), sedangkan ramai lagi yang menderita dalam diam kerana takut akan tindak balas atau tidak disenaraikan sebagai atlet (dalam kejuaraan) kerana bersuara.

“Tidak harus ada ruang untuk gangguan seksual, sama ada di rumah, tempat kerja, atau tempat latihan - (yang membolehkan) seorang ketua jabatan, jurulatih, senior, atau lawan jantina untuk mengambil kesempatan ke atas kakitangan berkedudukan lebih rendah, junior, atau lawan jantina,” katanya dalam kenyataan seperti dilapor media.

Mengulas lanjut, Chong turu menyifatkan saluran sedia ada - seperti Jawatankuasa Perwakilan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jawatankuasa Salah Laku dan Gangguan Dalam Sukan MSN, dan juga Suruhanjaya Atlet di bawah Majlis Olimpik Malaysia sebagai “tidak bertaring.”

Justeru tambahnya, satu mekanisme untuk menangani isu berkenaan adalah diperlukan bagi memastikan pelakunya dihukum.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, saluran yang sewajarnya perlu ditubuhkan untuk (membolehkan) mangsa membuat aduan dan aduan itu dikendalikan dalam cara yang efektif,” katanya lagi.

Isu gangguan seksual dalam bidang sukan kembali hangat diperkatakan susulan pendedahan bekas perenang negara Cindy Ong mengenai gangguan yang pernah dia hadapi.

Beberapa perenang lain yang tidak mahu dinamakan yang dipetik laporan Malaysiakini turut berkenaan gangguan yang dihadapi mereka.

Malaysia masih belum mempunyai undang-undang gangguan seksual yang khusus, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menerima tekanan kuat dari banyak pihak supaya segera membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan dalam sidang Parlimen.

Sebagai rekod, menteri bertanggungjawab ketika era pentadbiran Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercadang membentangkan RUU berkaitan pada Mac tahun lalu. Namun usaha itu terhenti apabila kerajaan HARAPAN ditumbangkan melalui 'langkah Sheraton'.

Dalam perkembangan berasingan, bekas timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim mendesak Kementerian Belia dan Sukan untuk memasukkan usaha menangani serangan dan gangguan seksual sebagai sebagian daripada Visi Sukan Negara 2030.

 Usaha HARAPAN terhenti dengan perubahan K'jaan
"Saya juga berharap agar sebuah jawatankuasa untuk menangani serangan dan gangguan seksual diperkasakan lebih jauh," kata Sim, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam.Sim berkata, bahawa pentadbiran

HARAPAN sebelumnya telah membentuk jawatankuasa itu, yang diketuai oleh Low Beng Choo, yang merangkumi beberapa atlet wanita kebangsaan.

Post a Comment

0 Comments