KETUA PEMBANGKANG, Anwar Ibrahim, meramalkan negara akan menyaksikan lebih banyak tunjuk perasaan terhadap Putrajaya, susulan protes “kerajaan gagal” di Batu Pahat, Johor minggu lalu.
Melalui satu kenyataan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu melahirkan rasa kecewa dengan penangkapan sekumpulan anak muda dalam kejadian protes di Batu Pahat dan tunjuk perasaan hadapan bangunan parlimen di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Apa yang kita saksikan sekarang adalah kegagalan yang nyata kerajaan Perikatan Nasional dalam segenap segi, dan sikap mereka dalam mendepani kritikan dan bantahan semacam ini hanya mencerminkan kelemahan kerajaan," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Pada Khamis lalu, media melaporkan tindakan kira-kira 40 orang membuat halangan jalan raya menggunakan motosikal dan kereta selama 15 minit bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan dikepalai Muhyiddin.
Kumpulan itu turut memegang kain rentang bertulis “Kerajaan Gagal” selain turut membakar suar dan mercun.
Sebelumnya pada 30 April, sekumpulan 100 anak muda berkumpul dan berbuka puasa di depan pintu masuk bangunan parlimen bagi menuntut kerajaan melaksanakan enam perkara, termasuk memanggil sidang parlimen.
"Tekanan pihak berkuasa terhadap anak-anak muda yang melakukan protes di hadapan bangunan parlimen bulan lalu turut dikesalkan.
"Keengganan kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen amat dikesali sementara proses demokrasi terus diinjak dan dinodai. Saya yakin sentimen bantahan seperti ini akan terus merebak.
Sementara itu Anwar berkata, beliau menghargai usaha para peguam dan ahli parlimen yang menawar dukungan guaman kepada semuaindividu yang ditahan.
![]() |
Anwar hargai usaha para peguam |
Tindakan kerajaan yang membuat pengumuman saat akhir dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mengelirukan turut menjadi punca kemarahan ramai,
0 Comments