PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kegagalan kerajaan Perikatan Nasional untuk melaksanakan Undi18, selepas 18 bulan rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Dipetik laporan media, Presiden KEADILAN itu menuntut kerajaan memberi “laluan” kepada pihak lain untuk melaksanakan Undi18.
Tegasnya, tempoh satu setengah tahun masa yang cukup untuk mengendalikan isu Undi18 itu.
“Kita (wakil rakyat) dah luluskan ini lebih satu setengah tahun lalu. Tidak ada kaitan dengan apa yang menteri (Takiyuddin Hassan) bicarakan sebab arahannya adalah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan.
“Kalau mereka tidak mampu, sepatutnya mereka tidak boleh meneruskan tanggungjawab ini dan menyerahkan kepada orang-orang yang mampu,” katanya kepada pemberita.
Anwar menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.
Pemimpin PAS itu hari ini berkata kerajaan komited melaksanakan pindaan pada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan itu.
Pada Mac, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata pentadbirannya telah mendesak SPR melaksanakan Undi18 menjelang September, tetapi SPR jawab “tidak boleh”.
![]() |
Pelaksanaan undi18 telah diluluskan Dewan Rakyat |
“Walaupun ada parti-parti yang sama ada mereka lupa atau tidur ketika sidang Parlimen itu, perbahasan itu terbuka dan keputusan dipersetujui semua,” katanya lagi.
0 Comments