PENGUNDI Sabah dan Sarawak tidak akan tertipu dengan muslihat Muhyiddin Yassin yang berjanji akan mengembalikan hak kedua-dua negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Zainnal Ajamain, seorang aktivis politik yang berpengkalan di Sabah memberi pandangan itu susulan kenyataan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) itu dalam lawatannya ke Sarawak minggu lalu.
Tambah Zainnal, kenyataan Muhyiddin itu sekadar retorik semata-mata persis janji-janji kosong pemimpin masa lalu.
Tegasnya, pemimpin persekutuan sering bercakap mengenai apa yang boleh mereka lakukan untuk kedua-dua negeri itu sekiranya mereka mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Banyak yang dapat dilakukan melalui kuasa eksekutif, sama ada dari segi pengiktirafan yang lebih besar, memberikan lebih banyak autonomi kepada negeri-negeri, bahkan memperuntukkan lebih banyak dana sesuai dengan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara”
“Hakikatnya adalah, anda tidak memerlukan dua pertiga untuk menunjukkan anda komited untuk memperlakukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara,” katanya dipetik laporan FMT.
Muhyiddin dalam lawatannya berkata, pengembalian hak dan status Sabah dan Sarawak mustahil untuk dicapai sekiranya Perikatan Nasional (PN) yang dikepalainya gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan.
Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak, Chong Chieng Jen mendesak Muhyiddin segera membuka Parlimen sekiranya benar-benar berniat untuk mengembalikan hak kedua-dua negeri itu.
Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang berkaitan Pindaan Perlembagaan yang bertujuan memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan dibentangkan.
Sementara itu, Felo Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun yang juga dipetik laporan FMT berkata sebarang janji untuk memulihkan Sabah dan Sarawak hanya akan kedengaran seperti rekod rosak kerana ia hanyalah siaran ulangan janji-janji manis yang pernah dibuat ramai pemimpin persekutuan sebelumnya.
Zainnal Ajamain, seorang aktivis politik yang berpengkalan di Sabah memberi pandangan itu susulan kenyataan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) itu dalam lawatannya ke Sarawak minggu lalu.
Tambah Zainnal, kenyataan Muhyiddin itu sekadar retorik semata-mata persis janji-janji kosong pemimpin masa lalu.
Tegasnya, pemimpin persekutuan sering bercakap mengenai apa yang boleh mereka lakukan untuk kedua-dua negeri itu sekiranya mereka mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Banyak yang dapat dilakukan melalui kuasa eksekutif, sama ada dari segi pengiktirafan yang lebih besar, memberikan lebih banyak autonomi kepada negeri-negeri, bahkan memperuntukkan lebih banyak dana sesuai dengan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara”
“Hakikatnya adalah, anda tidak memerlukan dua pertiga untuk menunjukkan anda komited untuk memperlakukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan setara,” katanya dipetik laporan FMT.
Muhyiddin dalam lawatannya berkata, pengembalian hak dan status Sabah dan Sarawak mustahil untuk dicapai sekiranya Perikatan Nasional (PN) yang dikepalainya gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat untuk meminda perlembagaan.
Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak, Chong Chieng Jen mendesak Muhyiddin segera membuka Parlimen sekiranya benar-benar berniat untuk mengembalikan hak kedua-dua negeri itu.
Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang berkaitan Pindaan Perlembagaan yang bertujuan memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan dibentangkan.
![]() |
Janji Muhyiddin dianggap retorik |
0 Comments