MAJIKAN di negara ini diminta tidak lagi menjadikan Covid-19 serta kelembapan ekonomi alasan untuk membayar gaji pekerja bawah kadar minimum ditetapkan.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melalui Timbalan Presidennya berkata, akan ada pihak ambil kesempatan jika kerajaan terus beri kelonggaran kepada majikan untuk bayar kurang daripada RM1,200.
“Dalam keadaan sekarang, jika majikan tidak boleh menggajikan pekerja secara bulanan, mereka boleh menggajikan pekerja secara bayaran harian atau mingguan tertakluk kepada perkiraan kadar gaji minima RM1,200. Tidak boleh kurang daripada itu.
“Covid-19 tidak boleh lagi dijadikan alasan untuk kurangkan bayaran gaji dan membuang pekerja.
"Pelbagai insentif sudah diberikan kerajaan melalui subsidi upah dalam tiga fasa sebelum ini bagi memastikan operasi syarikat berjalan seperti biasa,” kata Mohd Effendy Abdul Ghani dipetik laporan FMT.
![]() |
MTUC bimbang ada majikan ambil kesempatan |
Isnin lalu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata, kelembapan ekonomi semasa antara faktor tawaran gaji rendah iaitu dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500 diberikan kepada graduan lepasan institut pengajian tinggi (IPT).
0 Comments