KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) didesak agar menyegerakan pemberian komputer riba kepada pelajar.
Gesaan itu dibuat Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (HARAPAN) susulan penutupan sekolah-sekolah akibat peningkatan kes Covid-19 dalam kluster pendidikan.
Pengerusinya, Dr Maszlee Malik bersama tiga lagi ahli jawatankuasa pendidikan itu melalui satu kenyataan berkata, tidak kira berapa lama sekolah ditutup, bantuan komputer riba perlu disegerakan kepada semua golongan terutama pelajar-pelajar yang memerlukan.
“Arahan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) merupakan satu langkah wajar memandangkan situasi pandemik Covid-19 terus meningkat.
“Tetapi ia harus diiringi dengan bantuan-bantuan kemudahan PdPR buat murid mahupun guru yang tidak mempunyai kelengkapan.
“Langkah ini bagi memastikan proses PdPR yang akan dilaksanakan memberi keberkesanan yang maksima kepada semua murid dan guru,” kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dibuat bekas Menteri Pendidikan itu bersama jurucakap Parlimen bagi pendidikan Parti KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (DAP) dan seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Prof Datuk Dr Hasan Baharom (AMANAH).
PN pada belanjawan lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menjanjikan 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 sekolah dalam projek perintisdi bawah Yayasan Hasanah.
Difahamkan setakat ini kira-kira 13,000 peranti telah diedarkan.
Projek ini dikritik kerana laman webnya menyatakan bahawa pelajar akan diberikan komputer riba secara pinjaman mirip skim buku teks.
![]() |
Peranti keperluan untuk ikuti PdPR |
“Bagi guru, murid dan ibu bapa yang memerlukan bahan pembelajaran, dijemput untuk menggunakan platform Sophia.my sebagai salah satu alternatif sepanjang PdPR nanti,” cadang jawatankuasa itu.
0 Comments