Akar umbi tolak kerjasama dengan Tun M

 PUCUK pimpinan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) digesa menolak kerjasama politik dengan Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang, Abun Sui Anyit susulan keputusan dibuat pada mesyuarat KEADILAN Cabang Hulu Rajang dalam Mesyuarat Agung Tahunannya pada Ahad lalu yang diadakan secara atas talian.

Menurut Abun, resolusi itu dibuat setelah bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilihat sebagai  tidak menyokong dan menjadi penghalang utama untuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.
 
Sementara itu, beliau turut menyatakan mesyuarat itu turut membuat 2 ketetapan lai.

“Pada mesyuarat ini, kami turut menyatakan sokongan penuh terhadap presiden parti, Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tun M dianggap penghalang Anwar jadi PM
“Bagi resolusi ketiga, KEADILAN Hulu Rajang menyarankan supaya Kerajaan Negeri Sarawak menaik taraf Daerah Belaga menjadi Bahagian Ke-13 sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan,” tegasnya dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Tambah beliau lagi, Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak bakal mengisytiharkan Belaga sebagai Bahagian Ke-13 dalam Sarawak, sekiranya diberi peluang menarajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang bakal diadakan bila-bila masa.