K'jaan guna dana KWAN: pakar ekonomi jadi 'sangat bimbang'


SEORANG Pakar ekonomi terkenal berkata, mengkritik langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perbelanjaan berkaitan vaksin Covid-19.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata tindakan itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan mengenai status kewangan awam, malah terhadap proses demokrasi di negara ini.

Dalam kritikan terhadap langkah tersebut Barjoyai berkata, langkah kerajaan menggunakan dana tersebut selain pilihan lain untuk menanggung kos program vaksinasi telah mencerminkan kerajaan “kurang berusaha” untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Terdahulu, Menteri Kewangan. Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan menggunakan RM5 bilion daripada dana  untuk membiayai program vaksinasi Covid-19, iaitu melebihi suku daripada dana Kwan yang berjumlah RM19.5 bilion setakat 31 Disember 2020.

Kwan ditubuhkan pada tahun 1988 untuk mengumpul simpanan  tunai strategik kerajaan bagi menyediakan pembiayaan alternatif untuk perbelanjaan pembangunan masa depan.

Bank Negara Malaysia adalah pentadbir tabung ini dan difahamkan sumbangan dalam tabung itu berasal dari Petronas.

Sementara itu, Barjoyai menyifatkan dana KWAN merupakan sumber 'senang' boleh digunakan kerajaan.

“Itu dana yang paling mudah dicapai dan tidak memerlukan kelulusan Parlimen.

“Persoalannya adalah, adakah ini bukan pelanggaran kewajipan fidusiari dan kepercayaan rakyat oleh kerajaan?” katanya dipetik laporan FMT.

Kerajaan PN pada 21 April lalu meluluskan pindaan ke atas Akta 339, yang membolehkan dana daripada KWAN digunakan bagi tujuan pemerolehan dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin.

Tindakan itu mengejutkan banyak pihak terutama kerajaan pimpinan Muhyiddin sebelumnya mengumumkan RM3 bilion dalam Belanjawan bagi tujuan pembelian vaksin selain tambahan RM2 bilion lagi peruntukan tambahan bagi tujuan itu.

Dalam laporan sama, seorang lagi pakar ekonomi menegaskan bahawa langkah kerajaan menggunakan dana KWAN akan hanya akhirnya bakal mempengaruhi keyakinan pelabur tempatan mahupun asing.

Bimbang beri kesan pada masa depan M'sia
Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berkata, kerajaan sepatutnya tidak membuat sebarang keputusan berkaitan perbelanjaan tanpa pengawasan Parlimen.

“Sebaiknya Parlimen dibenarkan bersidang dan kerajaan melaporkan secara terperinci mengenai status kewangan awam,” katanya mengulas tindakan kerajaan meminda Akta 339 bagi membolehkan dana KWAN digunakan.

Post a Comment

0 Comments