JK Tamat Darurat mahu bawa 12 pemimpin menghadap Agong


JAWATANKUASA
Penamatan Proklamasi Darurat dilapor bakal membawa 12 pemimpin pembangkang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia bagi memperincikan desakan mereka berkaitan darurat kepada baginda.

Bagaimanapun Pengerusinya Khalid Samad yang dilapor Malaysiakini berkata, jumlah sebenar pemimpin yang bakal menhadap Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah bakal ditentukan oleh jumlah ditentukan istana dan siapa pemimpin tersebut masih belum diputuskan.

“Bergantung pada jumlah yang ditetapkan istana. Kalau boleh kita nak dalam 12 orang supaya semua pemimpin pembangkang boleh turut bersama,”katanya menurut portal itu.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam sementara itu menjelaskan bahawa pemimpin pembangkang akan bertemu pada Khamis ini bagi membincangkan 12 pemimpin yang akan bersama nanti.

“Belum finalise. Khamis ni akan jumpa dan bincang siapa yang sanggup,12 itu sekadar cadangan kami,” katanya sambil berkata Istana Negara masih belum menetapkan tarikh khusus untuk istiadat menghadap itu.

Pada 22 April lalu, sumber dari jawatankuasa berkenaan memberitahu Sultan Abdullah sudah memberi perkenan untuk menerima menghadap mereka.

Ini selepas Khalid menghantar surat kepada Istana Negara yang menyatakan Agong berkenaan membenarkan jawatankuasa terbabit menghadap agar mereka dapat menyerahkan memorandum berkaitan darurat.

Senarai pemimpin belum diputuskan
Pada 12 Mac lalu jawatankuasa itu - yang dianggotai beberapa ahli politik dan aktivis - melancarkan kempen mengumpul tandatangan termasuk secara dalam talian bagi memohon agar darurat yang dikuatkuasakan sekarang ditamatkan.

Post a Comment

0 Comments