Fahmi Fadzil dipanggil polis kerana 'sambut' Fahmi Reza ?


POLIS
dilapor memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk memberi keterangan.

Ia  dipercayai berhubung tindakannya hadir di luar balai polis ketika aktivis Fahmi Reza dibebaskan dari tahanan polis Sabtu lalu.

Pengarah komunikasi KEADILAN itu menurut laporan portal FMT memberitahu bahawa polis menghubungi pejabatnya, “tetapi tidak memberikan banyak butiran” mengenai arahan itu.

“Ia ada kaitan dengan saya berada di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan reman,” katanya kepada portal itu.

Fahmi Reza ditahan polis pada minggu lalu susulan satu laporan berhubung catatan kontroversinya di media sosial.

Dia menghasilkan beberapa “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berhubung komen sebelumnya di akaun Instagram peribadinya.

Fahmi beritahu polis hubungi pejabatnya
Susulan itu, beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Keesokannya, beberapa orang dilaporkan berkumpul di luar IPD Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada Fahmi Reza sebelum dia dibebaskan pada 5.50 petang selepas polis gagal mendapatkan perintah reman empat hari terhadapnya.

Post a Comment

0 Comments