SEBUAH bas ekspres terbabas sebelum terbalik di Kilometer (KM) 265 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora mengakibatkan 14 penumpang tercedera.
Kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu membabitkan bas ekspres dua tingkat dalam perjalanan dari Kulim menghala Kuala Lumpur yang terbabas sendiri di bahu jalan.
Bas berkenaan sedang menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dilapor berkata, panggilan kecemasan diterima jam 2.22 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi.
![]() |
Terbabas ketika menuruni bukit |
Sementara itu difahamkan, mangsa yang cedera terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita.
Operasi menyelamat berakhir pada jam 4.39 pagi.